Alliance Research Sasar Rizab US$136 Bilion

Diterbitkan: Isnin, 24 Februari 2014 12:52 PM

Manokaran Mottain

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Alliance Research mengekalkan sasaran US$136 bilion rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia pada akhir 2014 berikutan keyakinan terhadap ekonomi negara.

Ahli ekonomi, Manokaran Mottain berkata permodalan pasaran Bursa Malaysia melantun kepada RM1.66 trilion pada 14 Feb berbanding RM1.64 trilion pada 30 Jan yang menunjukkan aliran keluar modal jangka pendek semakin susut sejak dua minggu lepas.

"Ini mungkin disebabkan oleh keyakinan terhadap ekonomi, hasil pertumbuhan keluaran dalam negara kasar suku keempat sebanyak 5.1 peratus yang lebih tinggi daripada jangkaan selain lebihan akaun semasa yang lebih luas sebanyak RM16.2 bilion," katanya dalam nota kajiannya.

Manokaran berkata ia juga disokong oleh peningkatan mata wang tempatan, yang mengukuh daripada RM3.3464 bagi satu dolar US pada 30 Jan kepada RM3.2912 pada 14 Feb.

"Walaupun pengaliran keluar rizab, unjuran lebihan kecairan dalam sistem perbankan menunjukkan peningkatan sederhana kepada RM265.4 bilion berbanding RM262.9 bilion dua minggu lepas," katanya.

Pada 21 Feb, bank pusat mengeluarkan kenyataan bahawa rizab antarabangsa berjumlah US$132.3 bilion pada 14 Feb, mencukupi untuk membiayai 9.2 bulan import tertangguh dan 3.4 kali hutan luar jangka pendek. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Alliance , bank , rizab

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan