suria

Gaji Lambat Bakar Kereta

SIBU: Seorang buruh binaan mengamuk dan membakar kereta rakannya apabila diberitahu gaji untuk Disember dibayar lambat.

Suspek juga turut menyerang isteri rakannya berusia 47 tahun yang juga bekerja di tempat yang sama pada kejadian pukul 3.50 petang Sabtu itu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit, pasangan tersebut bersama rakan sekerjanya menuju ke tempat kerja di Jalan Aman untuk mendapatkan gaji.

"Suspek muncul dan semua orang diberitahu oleh bos bahawa gaji kemungkinan akan lambat," jelasnya.

ACP Zailanni berkata, suspek ketika itu berada dalam keadaan mabuk.

Pasangan tersebut cuba menenangkannya.

Bagaimana pun, supek mula marah dan memukul wanita itu menggunakan batang penyapu. Dia juga turut melempar batu ke arah mangsa.

Melihat keadaan yang tidak terkawal, pasangan itu cuba melarikan diri.

"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan manakala kereta mereka rosak hampir 60 hingga 70 peratus. Kerugian dianggarkan lebih kurang RM12,000," jelasnya.

Polis kini sedang mencari suspek untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 435  Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api dan kecederaan.

Mengamuk, gaji lambat

Artikel Sebelum

Kudung 'Digoda' Won Korea!

Artikel Berikut

Adun Lepar Meninggal Dunia

Artikel Lain