Polis mengusung mayat wanita yang dipercayai mati dibunuh oleh suaminya di sebuah hotel di Klang. Foto K K SHAM/The StarKLANG: Seorang wanita ditemui mati di sebuah hotel di sini manakala lelaki yang didakwa membunuh wanita itu mencederakan lehernya dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.Kedua-duanya, mangsa dan suspek berusia 58 tahun itu berkongsi alamat yang sama berdasarkan kad pengenalan mereka, namun hubungan antara kedua-duanya masih belum dikenal pasti. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.10 pagi Isnin apabila pekerja hotel mendengar bunyi bising dari bilik mangsa di mana kedua-duanya mendaftar masuk pada malam sebelumnya."Apabila pekerja terbabit datang untuk membuat pemeriksaan, dia mendapati lelaki tersebut menyerang wanita berkenaan," katanya sambil menambah bahawa pekerja tersebut dengan segera menghubungi pihak polis berhubung kejadian yang berlaku."Sebaik sahaja polis tiba di lokasi, tidak sampai lebih dari lima minit, mangsa ditemui terbaring di atas katil manakala lelaki terbabit duduk di sebelah dengan keadaan berlumuran darah di bahagian leher. Lelaki itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.Beliau berkata, polis percaya bahawa wanita itu dipukul dengan objek tajam di kepala sebelum sebelum mengelar di lehernya."Motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya.Polis menemui tukul besi, pisau dan sebuah kereta Toyota Vios milik suspek.Kes itu disiasat sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Berdasarkan versi awal, mangsa dipercayai merupakan isteri kepada suspek, sebagaimana yang dilaporkan oleh kebanyakan media.