IPOH: Pemilihan Umno bagi peringkat bahagian di Perak menyaksikan 14 calon Ketua Wanita menang tanpa bertanding.Mereka merupakan Ketua Wanita Umno Perak iaitu Datuk Rusnah Kassim (Tanjung Malim), Salmiah Sutan Taharuddin (Gerik), Rosmaizar Mat Ali (Lenggong), Norsalewati Mat Norwani (Parit Buntar), Zarina Abdol Majid (Bagan Serai), Maziah Abd Rahman (Bukit Gantang), Zalimun Ghazali (Taiping), Datuk Siti Salmah Mat Jusak (Padang Rengas), Puizah Abu Kassim (Tambun), Masarah Abdullah (Ipoh Timor), Salmah Sojak (Beruas), Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Kampar), Rohana Yaacob (Tapah) dan Azizah Johor (Lumut). Antara lain yang menang tanpa bertanding di Perak ialah jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian di mana enam daripada 24 bahagian di negeri itu dimenangi oleh Mohamad Iruan Zulkefli (Lenggong), Nazirul Jamaluddin (Bagan Serai), Shahril Azmir Ahmad Shaffie (Taiping), Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin (Tambun), Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi (Ipoh Barat) dan Mohd Sharizal Abdul Alibu (Beruas).Sementara itu, Ketua Puteri Umno Bahagian negeri pula dimenangi tanpa bertanding oleh Ketua Puteri Umno Perak, Salbiah Mohamed (Gerik), anggota Exco Puteri Umno Malaysia, Isfarina Mohd Bali (Ipoh Barat), Jaraidah Ismail (Larut), Jamilah Zakaria (Bukit Gantang), Rosnita Kadir Maidin (Taiping), Sazmaniza Sulaiman (Padang Rengas), Iylia Ainuddin (Tambun), Mursyidah Jaeszan (Ipoh Timor), Nor Fazila Saaidun Razali (Batu Gajah), Emillia Abd Rahim (Kampar), Suzana Osman (Gopeng), Nurul Huda Nordin Ahmad (Tapah), Suhaili Suib (Pasir Salak), Rafidah Mat Shafiei (Lumut), Rohana Tarmizi (Bagan Datok) dan Nor Azryna Mohd Jainuri (Telok Intan).