suria

Ahli Perniagaan AS Sokong ETP Malaysia

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan utama AS melahirkan sokongan mereka terhadap Program Transformasi Ekononomi (ETP) Malaysia yang menurut mereka akan membolehkan Malaysia menjadi lebih kompetitif dan menarik di mata pelabur asing.

"Kami akan menyokong kejayaan pelaksaan ETP yang bakal mewujudkan ekonomi berasaskan perkhidmatan dengan peralihan kepada kumpulan berpendapatan tinggi dan sederhana," kata Majlis Perniagaan AS-Asean dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan susulan dialog perniagaan-kepada-perniagaan peringkat tinggi antara eksekutif kanan majlis itu dengan ahli perniagaan dan industri utama Malaysia.

Perbincangan itu menumpukan kepada sumber pertumbuhan baharu, peluang pasaran dan inisiatif dasar berkaitan dengan evolusi hubungan ekonomi AS-Malaysia yang berterusan.

Menurut kenyataan itu dialog tersebut berasa amat yakin dengan proses pembaharuan positif ekonomi Malaysia yang dilaksanakan sejak 2010.

Ia menyatakan hubungan dua hala AS-Malaysia berada di tahap yang paling tinggi hasil daripada pelbagai kunjungan kerja yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri dan ketua perniagaan ke Amerika Syarikat serta kunjungan balas yang dibuat oleh pegawai-pegawai tinggi dan ketua-ketua perniagaan Amerika.

Mesyuarat itu juga mencadangkan Kerajaan-kerajaan Asean mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa dan memberi komitmen kepada kerjasama peringkat tinggi serta bekerjasama dengan pemegang kepentingan mereka bagi menangani persekitaran antarabangsa yang kompetitif.

Ia juga mencadangkan pematuhan ketat kepada sistem dagangan dorongan pasaran dan berasaskan peraturan bagi memastikan pertumbuhan berterusan dan daya saing global Asean. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain