Jualan santan melonjak sepanjang Ramadan - Rencana | mStar

Jualan santan melonjak sepanjang Ramadan

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2018 9:34 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Permintaan terhadap santan ketika Ramadan di daerah ini meningkat berbanding hari biasa.

Peniaga santan di Pasar Besar Kuantan, Shamsudin  Ibrahim, 49,berkata, permintaan tinggi bahan masakan itu  mencecah jualan sehingga 600 biji sehari  berbanding 400 biji sehari pada hari biasa.

Bagaimana pun katanya, harga santan tidak berubah iaitu RM8 sekilogram (kg) bagi santan segar manakala RM12 kg bagi kelapa parut.

"Buat masa ini, harga masih sama. Permintaan santan pada bulan puasa lebih sikit. Mungkin ada yang berniaga kuih-muih pada bulan ini, "katanya.

Bagaimanapun, menurut Shamsudin, dia tidak mengalami masalah bekalan kerana kelapa yang diambil dari Indonesia itu sentiasa mencukupi.

Shamsuddin mengusahakan perniagaan keluarga itu sejak 30 tahun lalu bersama  isteri, Aida Fakirah Yaacob, 40, dan dibantu seorang pekerja.

Katanya, pelanggan lebih gemar mendapatkan santan segar berbanding santan segera.

"Kelapa parut juga sentiasa mendapat permintaan. Biasanya kelapa parut habis dijual pada jam 10 pagi.

"Saya memproses  santan seawal jam 6 pagi hingga 4 petang,"katanya yang mempunyai ramai pelanggan tetap.

Tags / Kata Kunci: santan , Ramadan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan