Bekas Wartawan Dedah Rahsia Kesihatan Diri Pada Usia 75 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 4:16 PM

AR Amiruddin

(Ubah saiz teks)

DIA adalah bekas seorang wartawan yang berusia 75 tahun tetapi masih berupaya mendaki bukit setinggi Bukit Bendera Pulau Pinang (833 meter) tanpa masalah.

A.R. Amiruddin yang masih lagi kuat dan cergas pada usia lanjut itu berkata, minda yang sihat dalam badan yang sihat itu lah rahsia dia kekal sihat.

Menulis di dalam akhbar The Star pada Jumaat, Amiruddin menjelaskan, pada asasnya dia adalah seorang yang berjuang menentang pemikiran yang negatif.

"Setiap kali saya berasa sugul atau kecewa, saya menyelesaikannya dengan menghadapi masalah itu. Daripada pengalaman, saya menyedari bahawa kebimbangan, ketakutan, kerisauan dan kekecewaan hanya akan menyedut tenaga sedangkan ia tidak juga selesai.

"Oleh itu saya sentiasa mengingatkan diri saya; jangan tanya apa yang saya tidak ada tetapi tanya apa yang kita ada. Saya memiliki kesihatan yang baik. Itu adalah aset saya. Itu adalah kepuasan saya," menurutnya.

Tulis Amiruddin, pada usia tua ini, dia tidak pernah mengambil pil kesihatan tambahan tetapi seorang 'pelahap' kepada makanan segar seperti buah-buahan.

Ada kalanya, dia tidak mengambil nasi untuk makan malam, cukup sekadar sepinggan buah-buahan.

"Saya makan lobak segar sama seperti arnab. Dan ia juga bagus untuk penglihatan yang jelas. Saya cuba sedaya mungkin untuk mengelak makanan berminyak dan juga makanan segera.

"Makanan ringan terkeluar dari senarai pemakanan saya sama sekali dan bukan perokok juga menyumbang kepada kesihatan saya yang baik selama ini," katanya lagi.

Bagi Amiruddin, kesihatan yang baik telah membolehkannya melakukan senaman ringan sepanjang masa dan bila ada masa dia akan mendaki bukit dan setiap pagi dia juga akan bersenam terlebih dahulu sebelum mandi.

Dia juga dari semasa ke semasa melakukan senaman berdiri di atas ibu jari kaki dan mengangkat dirinya sebanyak 10 kali. Dan selepas itu dia akan mengangkat kaki kanan dan kaki kiri pula sehingga ke paras pinggang.

Jelasnya, senaman itu hanya memakan masa selama lima minit sahaja untuk dilakukan dan setiap kali melakukannya, Amiruddin dapat merasakan rasa segar masuk ke dalam dirinya dan ini membantu meningkatkan kesihatan pembuluh darah dan juga jantung.

Dan menurut Amiruddin, penyumbang utama kepada kesihatannya selama ini adalah kerana dia juga seorang yang aktif bersukan ketika muda sehinggalah dia mencapai umur 60-an.

Amiruddin menjelaskan, ketika muda dia banyak mengambil pil minyak ikan cod sebagai ahli sukan. Katanya itu telah membantu mengekalkan tenaganya sehinggalah ke hari tua.

Amiruddin turut mencipta sejarah sebagai lelaki Malaysia paling tua pernah menjejakkan kaki di puncak Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara. Namanya tercatat di dalam Malaysia Book of Records.

Tidak lama selepas itu, Amiruddin memecah rekodnya sendiri dengan mendaki Gunung Kinabalu sekali lagi tetapi kali ini menerusi laluan Mesilau yang baru dibuka.

Dia juga telah mendaki Banjaran Mulu di Sarawak, Gunung Santubong dan Gunung Bromo, Gunung Sibayak serta Gunung Sinabong kesemuanya di Indonesia.

Malah ketika mengerjakan umrah dia turut tidak ketinggalan mendaki banjaran bukit di tanah suci Mekah.

Baru-baru ini Amiruddin mengambil bahagian dalam ekspedisi berkayak dari Kampung Baru Lumut sehingga ke Teluk Sekadeh di Pangkor sejauh 20.5km.

Ekspedisi itu, tulis Amiruddin telah benar-benar mencabar stamina dan keupayaannya. Tetapi menurutnya, pengalaman berkayak yang tidak dapat dilupakannya ialah dari Kuala Perlis menuju ke Satun di Selatan Thailand.

Kini, menurut Amiruddin, hanya satu sahaja lagi impiannya yang belum tercapai iaitu untuk menjejakkan kaki di khemah induk Gunung Everest.

Memberikan dirinya setahun untuk berlatih dan menyediakan diri, Amiruddin yakin cita-citanya itu boleh tercapai. Hanya mencari penaja menjadi halangan terbesar setakat ini.

Dan kata-kata nasihat terakhirnya; "Kesihatan anda adalah paspot jangka hayat anda. Jadi bersenamlah setiap hari untuk mencapai umur yang panjang dan badan yang bertenaga walaupun di umur yang lanjut."

> A.R. AMIRUDDIN bersara sebagai wartawan dengan akhbar The Star pada usia 60 tahun di Pulau Pinang. Dia kini masih bermastautin di Pulau Pinang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan