Onemyr Awareness Didik Cegah Penyagak Alam Maya

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

JENAYAH siber bukalan sesuatu yang baharu di negara ini. Saban hari pelbagai kes membabitkan ‘penyangak alam maya’ dilaporkan di media.

Diakui bahawa teknologi dunia tanpa sempadan dengan kecanggihan maklumat di hujung jari banyak memudahkan aktiviti seharian khususnya dalam bidang komunikasi dan penyampaian maklumat.

Namun sehingga hari ini sejauh mana masyarakat sedar mengenai tahap kemampuan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) boleh memberi kesan dalam kehidupan seharian.

Berapa ramai di kalangan kita sedar bahawa pengguna teknologi yang merentasi dunia tanpa sempadan sendiri sebenarnya sedang mendedahkan diri kepada bahaya jenayah siber?

Jika dahulu komunikasi menerusi telefon bimbit dan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) atau sistem mesej multimedia (MMS) dianggap sebagai teknologi hebat dalam menyampaikan maklumat dengan pantas.

Bagaimanapun perkembangan teknologi kini dengan kecanggihan pelbagai aplikasi mudah alih antaranya seperti WhatsApp, WeChat serta Line sebenarnya boleh mengancam pengguna.

Ancaman

Menurut Pengarah Onemyr Awareness Management, Mohd Ridzman Azzahari, kurangnya pengetahuan yang mendalam mengenai aspek keselamatan di alam siber menjadikan pengguna internet terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah siber.

Katanya, kecurian identiti dalam internet adalah antara jenayah yang kerap dilaporkan di negara ini dan kebiasaannya membabitkan pengguna laman web berasaskan perbankan serta jualan dalam talian.

“Kecenderungan pengguna melayari laman sosial juga boleh mendedahkan mereka kepada `jenayah seks atau cinta’, yang mana ramai mangsa wanita dilaporkan menjadi mangsa penipuan oleh rakan yang dikenali di laman sosial,” katanya kepada mStar Online baru-baru ini.

Ujar beliau, sebagai contoh aplikasi WhatsApp yang menjadi trend komunikasi masa kini merupakan teknologi yang paling tidak selamat kepada pengguna.

Jelasnya amalan perkongsian data peribadi khususnya maklumat perbankan serta gambar-gambar tidak senonoh dengan pengguna lain secara tidak langsung memudahkan pihak tidak bertanggugjawab mengambil kesempatan terhadap kelalaian pelayar internet.

"Golongan remaja adalah yang paling ramai terdedah dengan bahaya ini. Tambahan pula kebanyakkan aplikasi komunikasi yang ada disediakan secara percuma.

"Ramai yang tidak mengetahui bahawa dengan hanya bermodalkan sekitar RM35, penjenayah siber atau penggodam internet boleh mengetahui data-data yang dihantar oleh pengguna WhatsApp kepada rakan-rakan mereka," katanya.

Tambah beliau, bermulanya era komunikasi dalam konsep cloud computing, masyarakat kini akan lebih terdedah kepada penggodam amatur dan profesional yang terus merancang untuk menggodam segala gajet terkini sama ada komputer mahupun telefon peribadi.

"Bermula daripada memuat turun muzik dan permainan komputer, membeli-belah sehingga kepada mendapatkan kenalan baru, semuanya dilakukan dalam talian.

"Rakyat Malaysia pastinya tidak terkecuali, malah perangkaan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan mengunjurkan bilangan pengguna internet di Malaysia meningkat kepada 25 juta orang menjelang tahun 2015 berbanding 18 juta orang pada tahun 2012," katanya.

Pahlawan Alam Maya

Justeru Onemyr Awareness Management, iaitu sebuah syarikat bumiputera yang berperanan membudayakan ilmu dalam kalangan masyarakat Malaysia mengambil inisiatif untuk mendidik pengguna siber supaya meningkatkan kesedaran dan sistem daya tahan terhadap ancaman teknologi.

Bagi mereka, kesedaran mengenai buruk dan baik kecanggihan teknologi serta keupayaan membina 'benteng sendiri' mampu mengekang jenayah siber seterusnya memastikan kemudahan teknologi ini digunakan sepenuhnya ke arah kebaikan.

Bermula atas kesedaran itu, Onemyr Awareness Management mengambil tanggungjawab untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada golongan remaja bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa atau penjenayah alam siber.

Oleh itu ‘Program Jenayah Siber: Siapa Pahlawan Alam Maya?’ anjuran syarikat itu diadakan bertujuan memperlengkapkan ilmu dan daya tahan rakyat negara ini, khususnya generasi ICT, mengenai kelebihan yang boleh dinikmati dengan teknologi ini dan pada masa yang sama, menjadikan mereka pengguna teknologi yang bijak serta berhemah.

Terbaharu menurut menurut Mohd Ridzman, program berkenaan akan diadakan pada 26 Februari ini di Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam.

Terang beliau, menerusi program setengah hari itu, pelajar akan diberi pendedahan mengenai cloud computing system, yang membawa kepada konsep dunia tanpa sempadan.

Malah mereka juga akan dididik mengenai cara yang betul untuk memanfaatkan teknologi dan memahami kebaikan serta keburukan teknologi.

Melaluinya, peserta akan didedahkan kepada sistem keselamatan teklnologi dan demonstrasi bagaimana sesuatu `jenayah’ yang dilakukan menggunakan teknologi boleh dikesan walaupun sudah dipadamkan.

Jelas beliau, lambakan jenayah ugutan membabitkan dunia siber berlaku kerana masyarakat tidak mengetahui bahawa data atau maklumat yang disimpan di dalam telefon mudah alih boleh dikesan semula walaupun dipadamkan.

Katanya kebanyakan kes penyebaran gambar atau video lucah sebenarnya berpunca daripada kelalaian pengguna itu sendiri kerana terlalu ‘mempercayai’ teknologi yang digunakan tanpa memahami kesannya dikemudian hari.

Lebih menarik, program ini juga merupakan platform kepada golongan muda untuk mengenali, memahami dan meminati bidang ethical hackers atau penggodam beretika.

Ini kerana ramai yang tidak mengetahui mengenai kerjaya berkenaan walaupun ia bukan sesuatu yang asing di negara barat.

Perkhidmatan dan kepakaran penggodam beretika ini, sering digunakan bagi membantu menyelesaikan sesuatu siasatan atau meningkatkan sistem keselamatan sesebuah organisi mahu pun negara.

Tags / Kata Kunci: Onemyr Awareness

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan