Peluang Terokai Sejarah Telekomunikasi Negara Di Muzium Telekom

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 11:11 AM

Kod Morse digunakan dalam bidang telekomunikasi pada kurun ke-18.

(Ubah saiz teks)

JIKA anda mahu melihat telegraph Morse dan direktori telefon, Muzium Telekom pastinya destinasi yang harus dikungjungi. 

Terletak tengah ibu kota Kuala Lumpur di sepanjang Jalan Raja Chulan. Muzium ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat kembali sejarah telekomunikasi dan belajar mengenai evolusi industri berkenaan di negara ini.

Muzium ini pada awalnya merupakan sebuah bangunan yang dibina sebagai pusat telekomunikasi pada 1928. 

Muzium Telekom
Reka bentuk bangunan Muzium Telekom masih dijaga dengan baik.

Ia kemudiannya diubahsuai kepada kompleks bangunan 26 tingkat pada 1984, namun projek tersebut dihentikan oleh perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Dr Mahathir mahu bangunan tersebut dipelihara dan permintaan beliau itu telah pun dipersetujui oleh Jabatan Telekom Malaysia. 

Bangunan tersebut telah pun diiktiraf sebagai bangunan bersejarah. 

Biarpun pandangan luar Muzium Telekom nampak seperti bangunan lama namun ia masih dijaga dengan elok. 

Seni beni Muzium Telekom ini juga masih dijaga dengan elok. 

Galeri 

Sebaik sahaja, menjejaki kaki ke galeri ini saya disapa oleh beberapa kakitangan muzium yang ramah dan mereka turut menghulurkan brosur kepada saya. 

Beberapa maklumat turut dipaparkan pada papan pameran, antaranya ialah Komunikasi Awal, Era Awal Telekomunikasi, Era Telekomunikasi dan MomenTM Gallery 

Saya juga berpeluang melihat sendiri mengenai lampu limpah, telefon kalis api, stesen radio tanpa wayar serta kerangka utama komunikasi. 

Menariknya, terdapat perbezaan dengan telefon kali api, ia diperbuat daripada keluli padat bersaiz 1 sentimeter, yang mampu menahan kesan letupan. 

Saya menghabiskan masa selama satu jam setengah di muzium ini dengan membayarRM5 bagi pemegang Mykad dan ia sangat berbaloi. Bagi pelancong asing mereka perlu membayar RM10. 

Bagi mereka yang datang secara berkumpulan pula melebihi 10 orang, mereka boleh mendapatkan diskaun daripada pihak muzium. 

Lokasi Muzium Telekom sangat mudah untuk dikunjungi kerana ia terletak di tengah bandaraya. Pengujung boleh menaiki perkhidmatan bas GOKL. 

Jika ingin berjalan kaki anda hanya perlu mengambil masa selama tujuh minit daripada stesen LRT Masjid Jamek. 

Saya memandu kereta untuk ke sana dan tidak sukar untuk mendapatkan kawasan meletakkan kenderaan di Jalan Gereja, yang tereletak berhampiran dengan St John Cathedral

Lebih banyak tempat meletakkan kenderaan boleh didapati di Menara Olympic

buku panduan telefon
Buku panduan telefon lama antara bahan yang dipamerkan di muzium ini.

Saya diberitahu bahawa ramai orang akan berkungjung ke muzium ini musim cuti sekolah, atau lawatan sambil belajar daripada pusat pengajian tinggi dan sekolah.

Terdapat kafeteria di muzium ini dan pengunjung juga boleh mencuba masakan Hainan di Restoran Yut Kee di Jalan Dang Wangi atau Restoran Hong Ngek yang terletak di Jalan Tun HS Lee. 
Kedua-dua restoran ini hanya mengambil masa kira-kira 10 minit jika anda berjalan kaki daripada muzium ini.
 

Kemudahan lain yang turut disediakan termasuklah, bilik mesyuarat, store TMpoint, bilik sembahyang serta bilik sakit. 

Muzium ini beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari termasuk, cuti umum. 

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi talian: 03-2031 5581.

Tags / Kata Kunci: Muzium Telekom , Kod Morse , Telekomunikasi

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan