Ikan Jerung Paus Terancam

Diterbitkan: Selasa, 11 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ikan jerung dipotong di sebuah kilang di Puqi di wilayah Zhejiang di China. Siasatan oleh kumpulan pemuliharaan WildLifeRisk menunjukkan bahawa kilang itu memproses kira-kira 600 ikan jerung paus setahun.
Ikan jerung dipotong di sebuah kilang di Puqi di wilayah Zhejiang di China. Siasatan oleh kumpulan pemuliharaan WildLifeRisk menunjukkan bahawa kilang itu memproses kira-kira 600 ikan jerung paus setahun.

IKAN jerung paus tidak dapat dilihat di perairan Malaysia dan sekarang terdapat penjelasan mengapa ianya berlaku.

Sama ada jerung itu akan ditangkap atau disiang terlebih dahulu sebelum haiwan ini sempat sampai ke perairan pantai.

Sebuah kilang di wilayah Zhejiang di selatan China didapati membunuh kira-kira 600 ikan jerung paus.

Ikan itu yang merupakan salah satu daripada spesis jerung, mendapat perhatian bagi kegunaan siripnya, kulit, daging dan minyak hati.

Kilang itu dipercayai merupakan rumah penyembelihan terbesar di dunia bagi spesis terancam di peringkat antarabangsa dan pusat pemprosesan jerung di pantai China.

Aktivis dari kumpulan pemuliharaan yang berpangkalan di Hong Kong menyamar sebagai wakil kepada sebuah syarikat makanan laut antarabangsa, membuat pendedahan itu semasa melakukan tiga kunjungan ke kilang berkenaan antara Januari 2010 dan Disember 2013.

Kumpulan itu baru-baru ini mengeluarkan laporan yang mengandungi gambar-gambar yang menunjukkan penyembelihan ikan jerung paus di atas lantai, dan sirip yang besar dijemur di bawah cahaya matahari di pusat di China Wenzhou Yueqing Marine Organisms Health Protection Foods Co, yang terletak di bandar Puqi dekat Wenzhou.

Beberapa kamera tersembunyi turut merakamkan pengurus besar, Li Guang yang mengaku kilangnya turut memproses ikan jerung jenis 'basking' dan ikan jerung putih.

Kesemua tiga spesis itu diisytiharkan dalam Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi Spesis Flora dan Fauna Liar yang terancam (CITES).

Ini bermaksud kesemua spesis hanya boleh didagangkan dengan permit, dan perlu ditangkap mengikut undang-undang menerusi cara yang sepatutnya.

Ketiga-tiga spesis ini turut dilindungi di China, maka adalah menyalahi undang-undang sekiranya memburu haiwan ini tanpa permit khas daripada Kerajaan China.

Aktivis menemui sirip ikan jerung paus yang dikeringkan, yang dilakukan oleh kilang tersebut untuk dihantar ke Guangzhou di wilayah Guangdong.

Kulit ikan jerung dijual apabila kulitnya dijadikan sebagai beg, manakala mulut ikan jerung paus, perut dan dagingnya dijual kepada restoran-restoran.

Bahagian yang benar-benar memberi keuntungan berlipat ganda adalah minyak hati yang digunakan untuk produk penjagaan kulit, gincu serta makanan kesihatan tambahan Omega-3.

Dalam setahun, kilang itu menghasilkan 200 tan minyak hati, yang diekstrakkan dari tiga spesis ikan jerung.

Minyak hati itu dihantar ke pelan pemprosesan di Pulau Hainan, di mana ia akan dicampurkan dengan satu lagi jenis minyak hati ikan jerung, yang kemudiannya dieksport ke Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Aktiviti eksport berkenaan menyalahi peraturan CITES serta undang-undang China.

Pengurus besar kilang itu turut mengaku menyeludup daging dan kulit ikan jerung paus keluar dari negara itu, dan menerima sejumlah ikan jerung dari Taiwan, di mana menangkap spesis itu adalah menyalagi undang-undang.

Dalam satu kenyataan bersama oleh Alex Hofford and Paul Hilton dari WildLifeRisk berkata: "Kami pergi ek Puqi sebanyak tiga kali dalam tempoh tiga tahun dan setiap kali kami ke sana mendapati bilangan penyembelihan naik mendadak. Bagaimana mereka boleh melakukan perkara ini terhadap spesis yang terancam. Haiwan ini diancam hanya memenuhi gaya hidup yang tidak penting dengan penghasilan gincu, krim muka, makanan tambahan kesihatan dan sup sirip ikan yu.

"Oleh itu, kami menggesa supaya pihak berkuasa China menguatkuasakan perjanjian antarabangsa terhadap aktiviti haram ini, sebelum haiwan-haiwan spesis terancam ini semakin pupus."

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan