suria

Jam Eksklusif Montblanc Di Bawah Naungan Putera Monaco

Jam Montblanc dicipta unik dengan rekaan eksklusif.
Jam Montblanc dicipta unik dengan rekaan eksklusif.
Jam Montblanc dicipta unik dengan rekaan eksklusif.

BAGI edisi yang kelima, Montblanc memperkukuhkan komitmen dengan menyokong penyelidikan yang mendalam terhadap ‘Duchenne muscular dystrophy’ dengan jam yang begitu unik, digelar sebagai Montblanc Rieussec Rising Hours for Monaco di bawah naungan Putera Monaco, Putera Albert II.

Bagi momen yang eksklusif ini, Montblanct telah membuat rekaan dan menghasilkan jam yang unik dengan lingkaran emas merah berserta keluli disaluti dwi-karbon.

Rekaan unik ini dihasilkan di pusat pembuatannya di Le Locle (Switzerland).

Jam unik ini merupakan kombinasi antara keluli dan berlian dengan diameter 43 milimeter.

Talinya pula didatangkan dengan kulit aligator hitam dengan dirapi kemas oleh jahitan emas merah.

Kancingnya pula diperbuat daripada 18 karat emas merah.

Manakala ketahanan airnya sehingga tiga bar atau sedalam 30 meter.

Ciptaan agung buatan tangan bagi aksesori mewah ini akan dibida pada 28 September ini.

Dianjurkan di dewan pembidaan yang dikenali sebagai “Antiqorum”, jam yang unik ini akan dipamerkan sebelum dibida, dari 6 sehingga 28 September di Singapura, Hong Kong, Shanghai, Beijing, New York dan Geneva.

Menerusi beberapa siri pameran ini akan membolehkan pengumpul dan penggemar jam berpeluang untuk melihat keunikannya yang tersendiri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain