Teng Sedia Cabar Lim Tapi Tetapkan Satu Syarat

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata beliau akan bertanding menentang Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan satu syarat iaitu dirinya akan memilih kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang hendak direbut.

Sekiranya Lim bersetuju dengan cadangan tersebut, BN akan mengumumkan kerusi itu sebelum hari penamaan calon, kata Teng pada sidang media di sini, Sabtu.

"Jika dia juga ingin bertanding untuk kerusi Parlimen, terserah kepadanya. Dia masih boleh bertanding menentang saya (di kerusi DUN).

"Namun, jika dia ingin bertanding di dua kerusi, saya hanya akan mengumumkan kerusi DUN yang akan ditandingi pada hari penamaan calon nanti," katanya.

Pada Khamis, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP mencadangkan kesediaan untuk mencabar Teng di kerusi DUN Padang Kota di mana Teng merupakan ahli untuk kawasan tersebut selama tiga penggal sebelum tewas pada pilihan raya umum 2008.

Pada Jumaat, sebuah portal berita memetik Teng sebagai berkata beliau sedia bertanding menentang Lim.

Lim merupakan ahli DUN kawasan Air Putih dan Ahli Parlimen Bagan.

“Lim menyerahkan kepada rakyat di Pulau Pinang sekiranya mereka inginkan pembinaan terowong dan jalan raya, mereka perlu mengundi Pakatan Rakyat.

"Polisi BN pada pilihan raya yang akan datang adalah mengubah ekonomi negeri itu untuk rakyat," kata Teng.

Ketika ditanya mengenai spekulasi dalam media Cina bahawa Barisan memujuk wanita dengan nama samaran 'Rainbow' yang didakwa mempunyai hubungan dengan Lim sebagai calon berpotensi, Teng berkata:

"Mana-mana calon yang berpotensi menang akan dipertimbangkan untuk bertanding."

Sementara itu, Lim berkata Teng telah memutar-belitkan fakta.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Teng untuk bertanding tetapi menetapkan satu syarat kepada Lim.

"Teng telah memutar-belitkan fakta, seolah-olah dia menyahut cabaran saya untuk menentangnya di Padang Kota. Dia yang menyuarakan cabaran itu, bukannya saya.

"Saya akan memberikan maklum balas mengenainya pada Ahad," kata Lim.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan