PRU13: DAP Lancar UbahTv, Mahu Jemput PM Jadi Tetamu

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP pada Jumaat melancarkan stesen televisyen Internet, Ubah.Tv bagi memudahkan pengundi mengetahui perkembangan terkini mengenai kempen serta aktiviti mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata portal berkenaan akan beroperasi secara langsung setiap hari sehingga hari pilihan raya.

"Ini merupakan satu usaha untuk memecahkan monopoli media massa yang dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

"Kita mahu kebebasan media menjadi budaya kita. Sebab itu DAP dan Pakatan Rakyat tolak 10 minit yang diberikan untuk bentang manifesto di RTM," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ubah.Tv di ibu pejabat DAP pada Jumaat.

Beliau berkata sebagai permulaan, mereka akan menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk sebagai tetamu.

"Kita akan hantar surat jemputan rasmi untuk Najib jadi tetamu pertama kita di Ubah.Tv. Jika beliau tidak mahu berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tak jadi masalah, beliau boleh jadi tetamu kita," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan