Ahli Parlimen Silam Cabar Anwar, Kit Siang Tanding Di Sabah

Diterbitkan: Khamis, 28 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pada Rabu mencabar mana-mana pemimpin pembangkang termasuk Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Veteran DAP Lim Kit Siang untuk bertanding di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Beliau berkata cabaran itu dibuat memandangkan terdapat pemimpin pembangkang sebelum ini mendakwa krisis pencerobohan di Kampung Tanduo di sini adalah sandiwara daripada kerajaan Barisan Nasional.

"Jika mereka berani, bertandinglah di sini. Rakyat Sabah tahu siapa yang memperjuangkan nasib mereka selama ini dan bukannya seperti pemimpin pembangkang yang turun padang hanya untuk meraih undi dan merayu simpati.

"Pengundi termasuk masyarakat Cina mahu pun yang bukan Islam sentiasa menyokong kepimpinan yang sedia ada ini. Atas dasar itu, saya mencabar pembangkang untuk bertanding di Sabah. Kita tengok sama ada mereka ini berani atau hebat ke tidak," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan