suria

Kerja Monorel Chennai Dijangka Bermula Jun

Bidaan teknikal bagi kerja-kerja pembinaan monorel di Chennai akan bermula Jun ini
 Bidaan teknikal bagi kerja-kerja pembinaan monorel di Chennai akan bermula Jun ini
Bidaan teknikal bagi kerja-kerja pembinaan monorel di Chennai akan bermula Jun ini

NEW DELHI: Negeri di selatan India, Tamil Nadu, dijangka mengapungkan bidaan teknikal dan kewangan bagi cadangan fasa pertama projek monorel Chennai sejauh 57km pada bulan ini, iaitu keperluan akhir bagi cadangan fasa pertama projek itu.

Fasa pertama dianggarkan bernilai Rs8,500 crore (RM4.75 bilion).

"Tempoh pengeluaran tender itu ialah 60 hari dan diikuti dengan perundingan dengan pembida tertinggi. Kerja pembinaan dijangka bermula pada Jun," demikian dilaporkan oleh Times of India, yang memetik satu sumber kerajaan.

Ini akan dilaksanakan selepas dilakukan perbincangan lanjut mengenai kelayakan pembida bagi pelaksanaan projek itu, yang diumumkan pada 2011.

Ia bertujuan menghimpunkan kelima-lima pembida yang mempunyai prospektif, yang termasuk Scomi International dari Malaysia, Gammon India dan Larson and Toubro.

Mereka dipilih daripada lapan konsortium yang mengambil bahagian di dalam proses kelayakan pembidaan pada tahun lepas, demikian dilaporkan akhbar harian berBahasa Inggeris itu.

Stesen bagi projek itu telah itu telah dikenal pasti, dengan mengambil kira akses terhadap terminal mod pengangkutan lain, seperti perhentian bas, Sistem Transit Aliran Massa dan stesen rel metro.

Tidak seperti di dalam projek rel metro, keperluan tanah persendirian bagi monorel adalah minimum. Kerajaan telah membentuk satu pasukan bagi mengenal pasti tanah bagi pembinaan stesen berkenaan, demikian menurut laporan itu.

Pelan awal projek itu ialah untuk meliputi 111km bagi fasa pertama di bandar raya itu tetapi pelan untuk memasukkan koridor Vandalur-Puzhal (sejauh 54km) kemudiannya digugurkan oleh kerajaan negeri. Jika dilaksanakan sepanjang seksyen Vandalur-Velachery, Poonamallee-Kathipara dan Poonamallee-Vadapalani, monorel itu boleh mencatatkan koridor monorel terpanjang di dunia.

"Kerajaan negeri itu akan menimbangkannya kemudiannya," kata sumber itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain