Tiada Pilih Kasih Dalam Pengagihan BR1M

Diterbitkan: Isnin, 16 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELANJAWAN 2012 menjanjikan pelbagai pemberian kepada rakyat termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang meningkat.

Bagaimanapun ada yang skeptikal dengan kemurahan hati kerajaan ini, dan menganggap ia hanya gimik politik untuk memancing undi.

Bernama dalam artikel tiga bahagian membicarakan sejauh mana kewajaran BR1M sebanyak RM500 ini dan sama ada rakyat benar-benar mendapat manfaaat daripadanya.

Bahagian kedua ialah petikan wawancara dengan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan dalam menyediakan kehidupan selesa untuk rakyat tidak mengenal sempadan politik dan kaum.

Mereka yang tinggal di negeri-negeri yang diperintah parti politik lain daripada Barian Nasional juga dilayani sama rata oleh kerajaan Bariasn Nasional dalam semua aspek.

Begitu jugalah dengan pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai 15 Jan.

BR1M banyak menerima pujian dan dalam masa yang sama juga kecaman kerana ia melibatkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion dan dijangka memberi manfaat kepada 5.2 juta isi rumah iaitu kira-kira 80 peratus darpada jumlah keseluruhan isi rumah di negara ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dalam satu temu bual dengan Bernama menolak dakwaan kononnya bantuan di bawah BR1M itu diagihkan mengikut aliran politik.

"Dalam pemberian BR1M, mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah adalah layak tanpa mengira bangsa, agama mahupun latar belakang politik. Tidak wujud soal pilih kasih dalam pengagihan BR1M," katanya.

Ini terbukti, apabila Kedah di bawah pimpinan pembangkang, menjadi antara negeri yang menerima bantuan BR1M terbanyak.

Beri kesan berganda

BR1M benar-benar bermaksud untuk membantu rakyat dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup walaupun ia hanya merupakan pemberian satu kali.

"Mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah adalah golongan yang terjejas dengan keadaan inflasi tinggi berikutan merekaperlu membayar sewa rumah, kereta dan sebagainya.

"Kita andaikan begini, satu isi rumah puratanya lebih kurang 4.5 dan dibahagikan dengan jumlah rakyat negara ini, 28 juta. Kita akan dapat jumlahnya lebih kurang 6.2 juta isi rumah. Jumlah itu, kita bahagikan dengan mereka yang akan mendapat manfaat BR1M, 5.2 juta isi rumah dan kita akan mendapati lebih kurang 80 peratus daripada jumlah isi rumah di Malaysia mendapat manfaat BR1M.

"Maknanya, sebanyak 80 peratus daripada jumlah isi rumah negara ini, kerajaan telah berusaha membantu meringankan beban mereka tanpa mengira kepentingan politik," katanya.

Selain itu, keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang BR1M selama satu bulan sehingga 10 Feb bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak sempat memohon sebelum ini, jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat.

Verifikasi yang ketat

Sementara itu, mengenai kemungkinan berlaku penipuan dalam permohonan BR1M, Mohd Irwan Serigar berkata pihak kementerian sudah bersedia berdepan dengan orang seperti ini dan telah pun mengmabil langkah proaktif.

Tambahan pula, ada suara mempertikaikan kejujuran pemohon apabila konsep pengisytiharan sendiri digunakan.

Ada kemungkinan pemohon yang menerima pendapatan melebihi RM3,000 hasil daripada pendapatan seperti rumah sewa, turut sama memohon.

"Selalunya kita kira pendapatan kasar. Sekiranya dicampur dengan pendapatan aset lain dan gaji sendiri, lebih tiga ribu memang dia tidak layak.

"Tetapi kami tahu akan ada orang menipu. Disebabkan itulah, kita buat verifikasi berperingkat dengan menjalinkan kerjasama dengan agensi, jabatan serta kementerian berkaitan.

"Lebih 15 agensi yang terlibat dalam proses verifikasi bagi memastikan maklumat yang diberikan sahih. Sebab utama mengapa kami menggunakan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri), kerana sistemnya komprehensif dan mengandungi segala maklumat berhubung pembayar cukai," katanya.

Dan bagi mereka yang menipu, tindakan mahkamah akan diambil.

Mengharungi cabaran

Sememangnya, bukan mudah menunaikan tanggungjawab dalam menyalurkan pemberian BR1M kepada rakyat, dengan pelbagai cabaran termasuk tanggapan negatif terhadap niat dan keseluruhan proses pengagihannya.

Ada juga yang mempertikai sumber dana bagi BR1M terutama bila melihat pada keadaan ekonomi dunia yang tidak begitu memberangsangkan yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pendapatan ekonomi negara.

Selain itu, cabaran menilai keikhlasan rakyat dalam mengisytiharkan pendapatan mereka, pengedaran borang dan pengagihan baucar tunai RM500 ke kawasan pedalaman turut sama menguji.

Menyentuh sama ada kementerian sudah bersedia menghadapi senario ketidakpuasan hati masyarakat yang dibangkitkan oleh mereka yang gagal atau ditolak permohonan mereka, Mohd Irwan Serigar berkata rayuan boleh dikemukakan.

"Kerajaan akan ambil tindakan sewajarnya. Kalau mereka benar-benar miskin dan layak, tidak sepatutnya mereka tercicir daripada menerima bantuan ini," katanya mengakhiri bicara.

Sehingga 10 Jan, sebanyak 4,123,713 borang BR1M telah diterima dari seluruh negara. Daripada jumlah itu, 3,850,668 borang dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.

Sebanyak 3,102,054 permohonan telah diluluskan.

Semua pemohon BR1M dimaklumkan mengenai keputusan permohonan melalui pos ataupun boleh menyemak status permohonan mereka dengan menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 16 Jan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan