Halal Fiesta Malaysia Latih Usahawan Halal

Diterbitkan: Jumaat, 7 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chef Zam (dua dari kiri), selaku jurucakap dan pengancara rasmi Halal Fiesta Malaysia 2011 bersama artis-artis tempatan pada majlis pelancaran HalFest di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Chef Zam (dua dari kiri), selaku jurucakap dan pengancara rasmi Halal Fiesta Malaysia 2011 bersama artis-artis tempatan pada majlis pelancaran HalFest di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Sudah seminggu kita tidak bertemu di ruangan ini dek kesibukan yang tidak kunjung padam di samping kesempitan ruang yang tidak mengizinkan.

Nampaknya tinbunan kerja semakin menggunung usai sahaja Aidilfitri tempoh hari dengan pelbagai aktiviti, baik yang telah lama dirancang mahupun undangan yang baru diterima.

Ketika mengarang coretan untuk ruangan ini pun, saya sedang dalam penerbangan pulang dari Perth atas undangan MATRADE untuk mempromosikan masakan serta produk Malaysia di Perth Royal Show tahun ini.

Perinciannya akan saya berikan dikesempatan akan datang kerana saya ingin mendedikasikan minggu ini kepada Halal Fiesta Malaysia (HalFest) 2011 yang akan berlangsung dari 12–16 Oktober 2011 di PWTC, Kuala Lumpur di mana saya telah dilantik sebagai Jurucakap dan Pengacara Rasmi.

Signifikasi HalFest 2011

Shapers Malaysia Sdn Bhd yang sering bekerjasama dengan saya ketika penganjuran MIHAS telah mengambil inisiatif untuk mencetuskan suatu pameran pengguna halal unik dan terbesar yang hanya memfokuskan produk-produk halal tempatan. Ini adalah kesinambungan dari MIHAS yang kini telah menjadi pameran perdagangan (trade show) sepenuhnya dan tidak lagi sesuai disertai oleh para usahawan yang masih belum bersedia untuk mengeksport hasil produk mereka ke pasaran antarabangsa.

Oleh itu, Halfest adalah medan terbaik untuk melatih dan membimbing mereka ke arah itu kelak demi meningkatkan jumlah eksport barangan berkualiti dari Malaysia ke persada dunia. Secara tidak langsung, ia mampu menyumbang kepada penjanaan pendapatan persendirian dan negara, di samping menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat kita sendiri.

Halal Industry Development Corporation (HDC) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah mengambil langkah yang bijak selaku hos utama dan bersama untuk melunaskan tanggungjawab murni ini demi memartabatkan lagi indusri halal negara.

Menyedari hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab halal terbesar global, fiesta ini mendapat sokongan penuh dari banyak pihak, antaranya: Perbankan Islam CIMB Berhad, JAKIM, Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta RTM1.

Gemerlap Bintang di ‘Chef Zam Wok-Shop’

Selain aktiviti jual-beli dan promosi serta ‘food tasting’ yang akan dijalankan oleh lebih 600 syarikat dari seluruh negara, pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik disepanjang ekspo lima hari tersebut.

Bagi yang menggemari aktiviti seni kulinari, ‘Chef Zam Wok-Shop’ yang akan diadakan setiap hari di Dewan Tun Razak 1 pasti akan menjadi antara aktiviti yang paling ditunggu ramai. Berbeza dengan pameran pengguna yang lain, Halfest 2011 ini bakal digemerlapkan lagi dengan kehadiran bintang-bintang ternama tanahair seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Datuk Sheila Majid, Vanidah Imran, Ziana Zain, Aaron Aziz, Fara Fauzana, Salih Yaakob, Awie dan Francissca Peters yang akan menyertai saya ‘bersilat’ dengan periuk belanga di pentas utama kelak.

Saya pun tak sabar nak tengok macamana Ziana Zain mengukus kuih lompang sambil menjongketkan sebelah kening!

Hebat Memasak

HalFest 2011 ini akan menjadi begitu unik kerana para pengunjung bukan saja dapat menyaksikan artis kesayangan mereka mempamerkan kehebatan masing-masing memasak, bahkan mungkin ada dikalangan penonton bertuah yang akan dipilih untuk ‘berentap’ memasak dengan selebriti pujaan mereka secara langsung atau merasai sendiri hasil air tangan mereka usai memasak.

Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah dengan membeli sekeping kad Touch ‘N’Go yang akan dijual di sana nanti untuk melayakkan diri.

Mereka juga boleh mengabadikan gambar sendiri atau bersama selebriti pujaan di atas kad tersebut sebagai kenangan dan akan berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah lumayan sumbangan Lebensstil Kollektion, Rempah Mak Dara serta Heinz ABC yang semestinya berkualiti tinggi, enak dan halal.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut disediakan untuk seisi keluarga. Ini termasuklah Pertunjukkan Fesyen Muslimah oleh Young Designers Arena (YODA), demonstrasi kecantikan, penampilan istimewa oleh Upin dan Ipin untuk si kecil dan bermacam-macam lagi.Pendekata, Halfest ini ditujukan khas untuk seisi keluarga.

Membudayakan Halal

Sebagai Jurucakap dan Pengacara, saya yakin kehadiran rakan-rakan artis ini sedikit sebanyak akan membantu menyampaikan mesej mengenai kepentingan memilih cara hidup Halal, disamping membudayakan Halal dikalangan masyarakat Malaysia. Sebagai umat Islam, tanggungjawab untuk membangunkan industri Halal tempatan terletak dibahu kita penganutnya.

Untuk Malaysia tampil unggul sebagai penggerak dan pemimpin industri Halal, bukan pengilang dan pengeluar sahaja yang perlu mendapatkan sijil Halal, tetapi rakyat Malaysia selaku pengguna juga haruslah sentiasa memilih dan menyokong produk-produk Halal tempatan. Dengan ini, barulah Malaysia benar-benar dapat mengorak langkah ke arah menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal Global yang berjaya.

Oleh itu, saya ingin menjemput anda semua bertemu kami di Pusat Dagangan Dunia Putra bermula Rabu ini. Kita tengok siapa yang kena! Wassalam.

Chef Zam

* Professor Zamzani Abdul Wahab (Chef Zam) adalah Pengarah Urusan dan Pengetua Silverspoon International College yang berpusat di One Puchong Business Park. Untuk keterangan lanjut mengenai kursus-kursus Culinary Arts, Pastry/Bakery serta Food & Beverage Service peringkat Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma, Diploma Lanjutan dari City & Guilds (UK), bengkel-bengkel masakan khusus serta corporate team building/training, sila hubungi (03) 8075-9923/(016) 210-1094 atau info@silverspoon.edu.my / www.silverspoon.edu.my

Summer Avalanche

Bahan-bahan:

1 liter ais krim vanilla atau perisa kegemaran anda- dibentuk menjadi 6 bebola dan dibekukan semula

12 keping kek sponge- dipotong selebar 6” x 6”

3 biji telur- dipukul }

¼ cawan susu segar } disebatikan

3 cawan emping padi/kelapa parut kering

2 liter minyak masak

500 ml coklat masakan cair

100 gm kacang pistachios

Strawberi untuk hiasan

Kaedah:

1. Balutkan setiap bebola air krim dengan kepingan kek sponge hingga bulat & padat. Celupkan dalam campuran telur & susu segar. Golekkan bebola tersebut di atas emping padi atau kelapa parut kering. Bekukan semula untuk sekurang-kurangnya 4 jam.

2. Panaskan minyak ke tahap maksima dan celupkan bebola ais krim ke dalamnya selama ½ minit atau hingga kekuningan. Angkat segera dan toskan.

3. Celupkan segera ke dalam coklat masakan cair. Hiaskan dengan taburan kacang pistachio dan hirisan buat strawberi. Hidangkan segera.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan