'Loh Sang' di Grand BlueWave Shah Alam

Diterbitkan: Khamis, 27 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yee Sang dengan hirisan ikan dan abalone pastinya menambah perisa.
Yee Sang dengan hirisan ikan dan abalone pastinya menambah perisa.

SHAH ALAM: Sempena Tahun Baru Cina ini, menjadi tradisi masyarakat Cina melakukan 'Loh Sang' iaitu sebagai simbolik bagi mengharapkan kejayaan dalam hidup yang lebih baik pada masa depan.

Restoran Cina Tung Yuen, Hotel Grand BlueWave di sini menyediakan lima pilihan menarik bagi mereka terutamanya pelanggan yang ingin menggaul Yee Sang untuk meraih tuah serta kemakmuran dalam segenap bidang yang diceburi sehingga 28 Februari ini.

Lima pilihan tersebut ialah Yee Sang dengan abalone dan pear; Yee Sang dengan ikan Salmon; Yee Sang dengan siput besar dari Pasifik dan ikan Salmon; Yee Sang dengan ikan jeli dan pear dan Yee Sang sayur-sayuran.

Harga setiap juadah berkenaan adalah dari RM30 hingga RM260.

Selain Yee Sang, Chef hotel tersebut, Patrick Ng berkata, Restoran Tung Yuen turut menawarkan pelbagai set menu lazat lagi halal kepada para pengunjungnya.

Katanya, set menu tersebut terdiri daripada empat jenis Hidangan Istimewa Tahun Baru Cina dan Lunar New Year Dishes bagi meraikan kedatangan tahun baru dengan meriah.

Hidangan Istimewa Tahun Baru Cina termasuk set menu A yang berharga RM628++, set menu B (RM888++), set menu C (RM1,288++) dan set menu D (RM4,888++).

Kesemua set menu dan Yee Sang boleh dinikmati pada waktu makan tengah hari dan makan malam.

Dalam satu sesi uji makan Special Chinese New Year Set Menu A baru-baru ini, wakil media berpeluang 'loh sang'!

Hidangan Yee Sang tersebut memang lazat sekali dengan lala dan ikan salmon.

Chef Patrick kemudian menyajikan sup makanan laut dengan sirip yu (Double Boiled Dry Seafood Soup with Shark's Fin). Ia adalah penghilang dahaga terbaik selepas menikmati yee sang.

"Sup ini direneh selama lapan jam untuk memastikan ia mengeluarkan zat serta aroma yang menyelerakan. Saya juga menggunakan gamat, perut serta kutlet ikan untuk menambah perisa," katanya kepada pemberita.

Kerana sedap diminum, ada yang tidak segan silu menghabiskan sup yang masih ada. Baru habis dua jenis makanan, perut dah terasa kenyang kerana kuantitinya memang banyak. Amat berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Hidangan seterusnya termasuk, ayam berempah herba dan ginseng dikukus di samping udang kara panggang dengan bawang putih berserta roti dihidang bersama sos keju.

Penulis mengakui sudah terhidu keharuman herba sebelum kerajang tersebut dibuka. Bau herba dan ginseng memberikan kelainan rasa ayam.

Udang karang pula sangat segar kerana isinya elastik. Roti dicelup dengan sos keju berperisa udang karang amat menyelerakan!

Menambah selera lagi adalah hidangan ikan bawal stim dengan cili padi dan sos kacang; cendawan ditumis-reneh dan sayuran Siew Pak Choy.

Lain-lain masakan yang patut dicuba dalam menu ini termasuk nasi goreng bersama tiram kering yang dikukus dalam daun teratai serta pes labu dengan sagu dan krim.

Restoran Tung Yuen dibuka sepanjang Tahun Baru Cina ini. Waktu operasinya dari 11.30 pagi hingga 2.30 petang (makan tengah hari) dan 6 petang hingga 10.30 malam.

Untuk tempahan, sila hubungi Restoran Tung Yuen di talian 03-5511 8811 sambungan 2616.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan