Unisel jalin kerjasama dengan 105 universiti di Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

METERAI... Majlis menandatangani MoU, dari kiri, Haji Mokhtaruddin, Datuk Dr Rosti Saruwono (naib canselor UNISEL), Haji Thamrin dan  disaksikan oleh Dr Mohd Zaidi di Kampus Unisel Bestari Jaya, Kuala Selangor, baru-baru ini.
METERAI... Majlis menandatangani MoU, dari kiri, Haji Mokhtaruddin, Datuk Dr Rosti Saruwono (naib canselor UNISEL), Haji Thamrin dan disaksikan oleh Dr Mohd Zaidi di Kampus Unisel Bestari Jaya, Kuala Selangor, baru-baru ini.

SEJAK Institut Kajian Malaysia-Indonesia (Ikmi) yang diusahakan oleh Universiti Industri Selangor (Unisel) pada Oktober 2007, sebanyak 105 buah universiti swasta di Indonesia sudah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Unisel.

Institut itu yang berperanan menganjurkan pelbagai kegiatan seperti kajian, persidangan serta bengkel di mana ilmuan, pegawai kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia dan juga Indonesia akan saling bertukar pendapat dan maklumat, sekali gus mempertingkatkan persefahaman antara satu sama lain mengenai sesuatu isu.

Unisel yang merintis penubuhan Ikmi kini dipimpin oleh Dekan Fakulti Sains Sosial dan Pengajian Industri Unisel, Prof Madya Dr Mohd Zaidi Mohd Hajazi yang kini giat mempromosikan program Ikmi.

Beliau berkata setakat ini Unisel amat berbangga dengan pencapaian Ikmi dan segala usaha yang dijalankan selama ini bagi memantapkan kedudukan kerjasama dua hala berjalan lancar berikutan pengiktirafan oleh kerajaan Indonesia terhadap semua program Unisel.

Dr Mohd Zaidi berkata demikian selepas majlis MOU bersama Universitas Islam Riau (UIR) dan Unisel di kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor, pada 18 Mei lalu. Majlis ringkas MOU itu ditandatangani oleh Naib Canselor Unisel Datuk Dr Rosti Saruwono dengan Pembantu Rektor 1V UIR, Haji Thamrin Sambah yang mengetuai rombongan UIR.

Katanya, pada awal Mei 2009 lalu, beliau ke Indonesia menemui Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Indonesia, Prof Dr Fasli Jalal dan menerusi pertemuan itu, kerajaan Indonesia telah mengiktiraf semua program yang ditawarkan Unisel.

“Dengan pengiktirafan ini membolehkan rakyat Indonesia memohon tajaan daripada kerajaan mereka bagi mendapatkan kelayakan meneruskan pengajian di peringkat ijazah pertama dan pasca siswazah di Unisel.

“Kini pelaksanaan kegiatan Ikmi didukung bersama 105 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang bernaung di bawah Asosiasi Swasta Indonesia (Aptisi).

“Tumpuan Ikmi ialah isu dalam semua bidang berkaitan jalinan dua hala antara Malaysia dan Indonesia termasuk sosial, ekonomi, politik, hubungan antarabangsa, kemiskinan serta tenaga buruh.

“Menerusi saluran ini, segala isu berbangkit akan dibincangkan secara ilmiah membabitkan penyertaan ahli akademik, pelajar, pegawai kerajaan, ahli politik dan wakil NGO kedua- dua negara.

Dr Mohd Zaidi yakin Inisiatif ini penting kerana Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun tetapi masih kurang memahami serta kekurangan maklumat antara satu sama lain.

Antara universiti terkemuka di Indonesia yang menyertai Ikmi ialah Universitas Andalas, Universitas Graha Nusantara, Universitas Negeri Semarang, Universitas Tjuk Nyak Dhien, Universitas Muhamadiyah Prof Dr Hamka, Universitas Al-Azhar, Universitas Mercu Buana, Universitas Muslkim Nusantara Al-Washliyah, Universitas Gunadarma Jakarta dan Universitas Kader Bangsa Palembang.

Bagi Naib Canselor Datuk Dr Rosti beliau amat mengalu-alukan kerjasama MoU itu yang dapat mewujudkan komunikasi dan pertukaran fikiran antara tenaga akademik di Malysia dan Indonesia dan memperkembangkan kerjasama, terutama kegiatan penyelidikan pembangunan pendidikan di universiti masing- masing.

Manakala Haji Thamrin yang mengulas mengenai penubuhan Ikmi pula, berkata, pihaknya mengalu-alukan inisiatif itu sejajar dengan hubungan Malaysia dan Indonesia sebagai negara berjiran dan serumpun membabitkan sekumpulan besar IPTS di bawah Aptisi dengan Unisel boleh disifatkan sebagai sejarah bagi kedua- dua pihak pada masa depan kerana kini terdapat 2,761 IPTS di bawah Aptisi di Indonesia dengan kira- kira 2.5 juta pelajar.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan