Friendster lancar kad panggilan 'The Friendster Loop'

Diterbitkan: Jumaat, 24 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KADAR panggilan antarabangsa rendah untuk sahabat handai dan keluarga di seluruh dunia Friendster, Inc. akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut laman Web dunia 20 teratas ini, berdasarkan trafik dan jaringan sosial di Asia, kad parabayar itu akan dikenali dengan "The Friendster Loop".

Ianya merupakan kad panggilan pra bayar dengan kadar rendah dan berdaya saing yang sesuai untuk membuat panggilan antarabangsa dengan mudahnya ke lebih 220 negara.

Kad panggilan "The Friendster Loop" boleh diperolehi dengan serta merta untuk digunakan oleh sesiapa pun, yang termasuk berpuluhpuluh juta pengguna aktif Friendster dan pengguna Internet di seluruh dunia.

Pengguna boleh mendaftar untuk "The Friendster Loop" di laman web di alamat www.friendsterloop.com.(Foto:http://www.newscom.com/cgibin/prnh/20090422/SF03636).

"Sejak merintis jaringan sosial dalam talian enam tahun lepas, komunikasi dan saling berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan telah menjadi teras pengalaman pengguna dalam talian Friendster," kata David Jones, naib presiden pemasaran dunia di Friendster.

"Kini, jaringan sosial menerusi Friendster tidak lagi terhad kepada komunikasi dalam talian. "The Friendster Loop" menawarkan pengguna keupayaan untuk berhubung dengan sahabat handai dan keluarga dengan manfaat perbualan berasaskan suara dan secara langsung.

Penghubungan dalam talian kini telah diperluaskan untuk memasukkan kemesraan dan emosi perbualan suara manusia yang sangat anda sayang." Pada masa ini, 80 peratus daripada bepuluhpuluh juta pengguna aktif Friendster mempunyai hubungan dengan sahabat handai dan keluarga di lebih daripada satu Negara, lebih daripada 70 peratus pengguna aktif Friendster membuat panggilan telefon antarabangsa, dan lebih daripada 45 peratus sudah pun membeli kad panggilan.

"The Friendster Loop" telah dilancarkan berikutan permintaan pengguna yang mahukan tawaran komunikasi yang lebih lagi daripada jenama Friendster yang sangat diminati dan disukai oleh anggota anggota kami.

Dengan "The Friendster Loop" akan mengambil kesempatan daripada unjuran pasaran kad panggilan pra bayar $10 bilion pada 2010, kami juga sedang menilai beberapa peluang perniagaan tambahan yang berkaitan dengan komunikasi," kata Jones.

Dengan adanya "The Friendster Loop", panggilan boleh dibuat kepada rakan dan keluarga di manamana Negara di seluruh dunia, yang menjadikan saling berhubungan dengan sahabat handai dan keluarga di luar negara adalah ringkas dan mudah.

Kad panggilan "The Friendster Loop" pada mulanya akan dipasarkan dan dapat diperolehi di tujuh Negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Canada, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Singapura, dengan negara-negara lain akan menyusul kemudian.

Kadar semasa antara dua Negara boleh diketahui di laman web di alamat: www.friendsterloop.com/rates. Untuk menggunakan "The Friendster Loop", pengguna mendaftar menerusi laman Web The Friendster Loop (www.friendsterloop.com) dan memilih PIN 10 angka dan kod keselamatan 4 angka.

Kemudian, apabila mahu membuat panggilan, mereka hanya perlu mendail nombor akses bebas tol untuk negara di mana mereka berada dan kemudian memasukkan PIN 10 angka dan kod keselamatan 4 angka mereka, sebelum mendail nombor telefon insan yang ingin mereka hubungi.

Baki pra bayar kad panggilan "The Friendster Loop" boleh ditambah dengan kad kredit dan dicaj semula oleh pengguna apabila diperlukan atau menerusi caj semula auto yang diuruskan lebih awal seperti yang dinyatakan pengguna apabila bakinya adalah di bawah jumah yang diperlukankan.

Pengguna Friendster boleh membeli kad panggilan "The Friendster Loop" untuk diri mereka atau sebagai hadiah untuk sahabat handai dan anggota keluarga. Pilihan bayaran tambahan akan dapat diperolehi dalam bulanbulan yang akan datang.

Khidmat "The Friendster Loop" adalah disediakan di bawah jalinan perkongsian yang strategik dengan IDT Corporation, pembekal yang terkemuka bagi khidmat telekomunikasi antarabangsa yang termasuk kad panggilan pra bayar dan boleh dicaj semula, pengguna tempatan, panggilan jarak jauh dan khidmat pengangkutan borong.

Pengguna Friendster adalah digalakkan untuk menjadi peminat komuniti kad panggilan "The Friendster Loop" dengan melawat Profil Peminat The Friendster Loop: www.friendster.com/thefriendsterloop.

Profil Peminat mengandungi 14 kulit profil promosi yang membolehkan pengguna untuk menghiasi profil Friendster mereka dengan mudah dan memberitahu rakanrakan mereka mengenai The Friendster Loop.

Para peminat The Friendster Loop akan menjadi yang pertama untuk dimaklumkan mengenai tawaran dan promosi istimewa yang terdapat dalam kad panggilan itu.

Friendster Mendahului di Asia Friendster ialah jaringan sosial nombor satu di Asia dengan mempunyai lebih 75 juta pengguna berdaftar. Selain itu, Asia ialah pasaran terbesar bagi pengguna Internet (Asia mempunyai 41 peratus daripada pengguna Internet dunia dengan lebih sekali ganda daripada 19 peratus adalah dari Amerika Syarikat), dan Asia ialah rantau yang paling pesat berkembang di dunia.

Friendster mempunyai pangkalan pengguna yang setia dan semakin berkembang di seluruh Asia dalam 10 negara teratas berikut bagi Friendster: Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Filipina, Singapura dan Korea Selatan.

Maklumat mengenai Friendster dengan mempunyai lebih daripada 100 juta ahli di seluruh dunia, Friendster merupakan rangkaian sosial dalam talian global yang terkemuka.

Friendster memberi tumpuan kepada membantu insan-insan terus kekal berhubung dengan rakan rakan dan menemui teman serta perkara baru yang menjadi minat mereka.

Orang dewasa yang berhubung dalam talian yang berusia 18 tahun dan ke atas memilih Friendster untuk berhubung dengan rakan, keluarga, sekolah, kumpulan sosial, aktiviti dan minat.

Friendster berasa bangga dengan dirinya kerana menyampaikan persekitaran yang mudah diguna, mesra dan interaktif di mana para pengguna boleh berhubung dengan mudah dengan sesiapa pun di seluruh dunia menerusi www.friendster.com atau m.friendster.com dari manamana peranti mudah alih sedia ada Internet.

Friendster mempunyai portfolio paten yang semakin berkembang yang diberikan kepada syarikat itu kerana mempunyai rangkaian sosial, dengan lebih banyak lagi dijangka bertambah dalam masa beberapa bulan akan datang.

Dengan mempunyai ibu pejabat di Mountain View, California, Friendster mendapat sokongan Kleiner Perkins Caufield & Byers, Benchmark Capital, DAG Ventures, IDG Ventures dan para pelabur individu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan