Al -Quran Tulisan Tangan Jadi Perhatian Juru Lelong

Diterbitkan: Khamis, 23 April 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH kitab al-Quran tulisan tangan, yang diperoleh seorang pengumpul artifak semasa berada di Parsi (kini sebahagian daripada Iran) menarik minat juru lelong di Eropah.

Shabahat Ali Khan, 82, yang berasal dari India dan menetap di Frankfurt lebih 40 tahun, berjaya mengumpulkan pelbagai artifak semasa beliau bertugas di Ceylon (Sri Lanka), Parsi dan Jerman.

Quran kecil sebesar tapak tangan tulisan bahasa Arab itu bergaris emas di tepinya.

Menurut beliau, Quran itu ditulis pada tahun Hijrah 1266. Walaupun muka surat di dalam kitab itu semakin mudah koyak, Ali Khan mengambil usaha memuliharannya. Walaupun sudah berusia, tulisan pada kitab itu masih boleh dibaca.

"Saya membelinya di Parsi pada awal 1950-an. Tetapi dua muka surat asalnya yang hilang telah diganti semula," katanya semasa ditemu bual Bernama di kediamannya di sini.

Ali Khan juga memiliki koleksi puisi yang jarang ditemui, nukilan Raziuddin Nishapuri, seorang penyair Parsi dan nukilan Syed Ghulamali Belgrami (1116-1194), seorang penyair terkemuka dari India.

JURULELONG ASING BERMINAT

Sebuah syarikat lelongan artifak menunjukkan minat terhadap kitab itu, katanya. Syarikat yang sama juga berminat dengan artifak lain yang dimiliki Ali Khan, termasuk setem-setem unik yang digunakan East India Company pada 1850-an.

Ali Khan turut berbangga menjadi pemilik setem pos India yang jarang ditemui. "India merupakan tempat menarik bagi pengumpul setem kerana ia yang memulakan pengeluaran siri setem biasa seperti yang kita ketahui secara konvensional," katanya.

Setem India digunakan di pelbagai negara di bawah pemerintahan British, termasuk Malaya.

"Pejabat pos India beroperasi di Singapura yang merupakan bandar tertua di Asia Tenggara semasa pemerintahan Britain dan kubu Empayar Britain.

"Satu lagi tempat yang menarik ialah Pulau Pinang. Saya mempunyai setem-setem India yang dicop oleh sebuah pejabat pos di Pulau Pinang," katanya.

Koleksi besar Ali Khan termasuk siri pertama setem yang dimulakan India pada 11 Sept 1851.

"Terdapat empat jenis setem yang dikeluarkan oleh Scind (kini dieja sebagai "Sindh") Dak. Setem cetak Litho dikeluarkan pada 1850-an dalam beberapa denominasi.

"Walaupun begitu, mereka menggunakan warna berbeza bagi denominasi berlainan, menurut penyelidikan saya," jelas beliau yang memiliki banyak setem yang diperkenal East India Company.

Satu daripada setem itu ialah setem East India Company yang digunakan seorang yang bernama Ramchandra di Cawnpore (yang kini dieja sebagai Kanpur) pada 10 Jun, 1888.

Sebenarnya beberapa daripada setem dalam koleksi Ali Khan pasti menjadi idaman mana-mana pengumpul setem, yang antaranya siri penuh Queen Victoria dan satu lagi King George V.

Juga terdapat setem yang meraikan perasmian Delhi pada 1931, satu siri penuh setem Mahatma Gandhi, dan dua set setem berlelubang dan tidak berlelubang yang dicetak pada 1942 bagi kegunaan pasukan Azad-e-Hind pimpinan Netaji Subas Chandra Bose.

SETEM YANG MEMBAYANGKAN SEJARAH

"Saya juga memiliki setem untuk menunjukkan khidmat angkatan tentera India di Congo, Korea, Laos, Kemboja dan Vietnam," kata Ali Khan sambil membuka beberapa album setem di dalam bilik bacaannya.

Satu lagi setem berharga yang dimilikinya ialah setem memperingati "Penaklukan Everest" bersama tandatangan Sherpa Tenzing yang menawan puncak Everest bersama Edmund Hillary.

Beliau juga memiliki satu setem Sri Lanka yang unik dengan nilai denominasi dalam mata wang Britain.

Juga terdapat setem dari Pakistan yang digunakan semasa India dibahagi menjadi dua negara, dengan perkataan

"Pakistan" dicetak bertindih dengan perkataan "India", memandangkan Pakistan belum lagi memiliki setemnya sendiri ketika itu.

Zanzibar (sebahagian daripada Tanzania hari ini) yang merupakan wilayah naungan Britain, mengendalikan satu khidmat pos India di negara itu dari 1868 hingga 1875.

"Saya mempunyai setem-setem Zanzibar yang jarang ditemui," kata beliau sambil menunjukkan beberapa setem unik, termasuk beberapa daripada Gwadar dan Pasni (kedua-duanya kini di Pakistan) serta Aden (1857).

Beliau juga memiliki setem-setem asal Queen Victoria dengan nilai denominasi satu anna (mata wang India pada masa itu) dan kesilapan dalam cetakan, dengan kata-kata "On Her Majesty's Service" (Urusan Seri Paduka Baginda) dicetak dua kali.

Bagaimanapun, satu arca silam Buddha, Gandhara, yang pasti dapat dilihat pelawat yang memasuki rumah beliau dikatakan berusia 2,000 tahun dan diperbuat di wilayah perbatasan barat laut Pakistan.

Ali Khan juga mempunyai panel berhala silam dengan ukiran Jataka yang menerangkan hayat Buddha.

"Ini merupakan panel enam bahagian menunjukkan aspek-aspek spesifik kehidupan beliau, ia panel yang jarang boleh ditemui," kata Ali Khan.

Dilahirkan di Fatehpur di Uttar Pradesh, Ali Khan menamatkan pendidikan universiti di Allahabad dan pada mulanya bekerja sebagai guru selama dua tahun di Fatehpur.

Kemudian, kerajaan British menawarkan beliau berkhidmat di konsulat Britain di Khorramshar, Iran, sebagai ganjaran bagi khidmat cemerlang bapa beliau Allahyarham Ihtishm ud Dalah Khan ".

Ali Khan yang menghabiskan masa 14 tahun di Parsi, kemudian bekerja sebagai penterjemah dengan misi diplomatik India di Tehran, dan menjadi `orang tengah' antara kerajaan India British dan Kementerian Luar Iran.

Beliau menerima penghargaan daripada bekas perdana menteri Iran Mossadeq yang menghadiahkan beliau dengan gambar beliau yang diautograf dan digantung di dinding bilik bacaannya, bersama gambar-gambar Raja Hussein Jordan, bekas presiden India Dr Rajendra Prasad, Dr Radhakrishnan dan lain-lain. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan