Honda Lancar Civic Baharu Generasi Ke-10

Diterbitkan: Jumaat, 10 Jun 2016 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HONDA Malaysia secara rasminya melancarkan varian terbaharu yang dinanti-nanti iaitu Civic Generasi ke-10.

Civic serba baharu menjadi salah satu rekaan model  paling komprehensif oleh Honda, yang  bukan sahaja bersaing dengan  segmen C, tetapi kenderaan kompak premium buatan Eropah.

Varian ini juga dianggap sebagai pengubah ari segi reka bentuk, prestasi dinamik, penjimatan bahan api, keluasan, kualiti ruang dalaman dan ciri-ciri keselamatan.




Enjin

Enjin 1.5L VTEC Turbocharged baharu yang dibangunkan di bawah 'Earth Dreams Technology' dan menawarkan kepuasan dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang.

Honda Malaysia merupakan pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa yang pertama memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C.

Selain daripada enjin 1.5L VTEC Turbocharged, Honda juga memperkenalkan enjin 1.8L i-VTEC.

Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear “Continuously Variable Transmission” (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api.

Civic serba baharu ini diiktiraf sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” (EEV). Bagi mencapai “Keselesaan Tertinggi” (Superior Comfort), cabaran yang terpaksa dilalui oleh pasukan jurutera Honda adalah untuk menggabungkan reka bentuk luaran yang kemas dan aerodinamik dengan rekaan dalaman yang memberi tahap keselesaan serta keluasan kenderaan segmen D.

Menerusi kepakaran Honda dalam aspek pakej kenderaan, Civic serba baharu mampu menawarkan pakej yang terbaik dalam kelasnya melalui tapak roda yang lebih panjang dan badan lebih lebar.

Kemasan pelapik lembut berkualiti tinggi dipasang untuk menyerlahkan personaliti Civic serba baharu yang ranggi dan memiliki karektor premium.

Untuk mencapai kesenyapan kabin dan  meningkatkan lagi kualiti pemanduan, pakej ruang dalaman Civic serba baharu dilengkapi sistem kalis bunyi yang ringan.

Ia merangkumi pelapik pada bahagian bawah kenderaan dan sistem pengasingan bunyi bising pada pintunya.



Secara keseluruhannya, Honda berjaya mengurangkan tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) untuk mencapai ketenangan yang mampu meletakkan Civic satu kelas di atas berbanding para pesaingnya.

Civic serba baharu menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface) menerusi Paparan Audio Terkini bersaiz 7” yang pasti menarik perhatian generasi muda.

Semua varian Civic serba baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya seperti:

- 6 Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara pada bahagian sisi) 

- Vehicle Stability Assist (VSA)

-Anti-Lock Braking System (ABS) Electronic Brake Distribution (EBD)

- Brake Assist (BA) Hill Start Assist (HSA)

- Emergency Stop Signal (ESS) ISOFIX 

Civic serba baharu ditawarkan dalam lima warna iaitu Merah (Dark Ruby Red Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl, disamping dua warna baharu iaitu Perak (Lunar Silver Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl).

Dua warna baharu pada Civic ini akan digunakan pada model-model lain keluaran Honda Malaysia.

Sementara itu, varian Civic 1.5L VTEC Turbocharged serba baharu dilengkapi sistem pemantauan pintar. Ia memberikan ketenangan minda untuk mengekalkan kecekapan dan prestasi enjin.

Ciri ini berfungsi bagi mengingatkan pelanggan masa untuk menukar minyak enjin melalui satu lampu pada ‘speedometer’ mengenai status servis tersebut.

Harga

RM113,800 untuk 1.8S (harga di atas jalan termasuk insuran)

RM127,800 untuk 1.5 Turbocharged (harga di atas jalan termasuk insuran)

RM135,800 untuk 1.5 Turbocharged Premium (harga di atas jalan termasuk insurans)

Tags / Kata Kunci: Honda Civic , Generasi Ke-10

iklan

Video

Jumaat, 28 April 2017 5:30 PM

Hasrat Faizal Tahir Berehat Terganggu

Jumaat, 28 April 2017 3:47 PM

'Istana' Unik Di Rusia

Jumaat, 28 April 2017 11:39 AM

Kiri, Kanan, Depan,Belakang Ais Krim

Jumaat, 28 April 2017 9:30 AM

Apa Punca Aiman Sidek Masih Tidak Popular ?

Khamis, 27 April 2017 5:32 PM

Siapa Sanggup Tunggu Elly Mazlein?

Khamis, 27 April 2017 3:30 PM

Belum Ada Rezeki Anak - Bella Dally

Rabu, 26 April 2017 10:48 AM

Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran

Kolumnis

iklan

Iklan