Kerjasama KLMUC-Universiti Central Lancashire Buka Peluang Lanjut Pelajaran Di Luar Negara

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2016 4:42 PM

Antara koleksi pakaian yang direka oleh pelajar Fakulti Rekabentuk dan Kreatif KLMUC.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerjasama antara Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) dan Universiti Central Lancashire United Kingdom (UCLan) dilihat sebagai peluang besar kepada pelajar melanjutkan pengajian di luar negara.

Pemangku Naib Canselor KLMUC, Mohamad Kamal Nawawi, berkata, sebagai permulaan kedua-dua belah pihak menjalinkan kerjasama menerusi pertunjukan fesyen oleh pelajar Fakulti Rekabentuk dan Kreatif universiti berkenaan yang diadakan baru-baru ini.

"Pertunjukan fesyen yang menampilkan pelajar dan alumni menerusi rekaan busana bertaraf antarabangsa dengan kerjasama UCLan adalah permulaan kepada usaha sama kedua-dua belah pihak.

Antara koleksi pakaian daripada pelajar KLMUC.

"Kerjasama itu juga dilihat sebagai peluang pelajar KLMUC melanjutkan pelajaran di UCLan seterusnya memperoleh ijazah daripada universiti berkenaan.

"Selain kredit yang diperoleh melalui program tawaran KLMUC boleh dipindahkan sepenuhnya ke UCLan ia juga sebagai mempersiapkan pelajar bagi menceburi industri sebenar.," katanya.

Pada pertunjukan fesyen tersebut seramai 20 pereka fesyen mempersembahkan koleksi mereka dihadapan panel dan pelajar jemputan khas dari School of Arts, Design & Fashion UCLan selain 200 tetamu dari industri fesyen dan organisasi bidang seni rekaan fesyen.

Dalam pada itu, Mohamad Kamal juga memberitahu, kerjasama itu juga mencerminkan komitmen KLMUC dalam menjadi sebuah institusi yang bertaraf antarabangsa sejajar dengan sambutan ulang tahun ke-10 KLMUC pada tahun ini.

Sementara itu, Dekan Fakulti Rekabentuk dan Kreatif KLMUC, Zuhaili Akmal Ismail berkata, pelajar sering didedahkan secara langsung dalam aspek praktikal selain ruang kerja yang berkonsepkan idea agensi kreatif bagi memudahkan proses pembelajaran.

“Objektif KLMUC adalah untuk meraikan warisan dan evolusi fakulti melalui pertunjukan bakat fesyen istimewa kepada industri.

"Atas dasar itu pelajar sentiasa didedahkan secara langsung termasuk aspek praktikal agar mereka mendapat gambaran sebenar tentang industri fesyen," katanya.

Tags / Kata Kunci: KLMUC , UCLan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan