UMS Berusaha Tarik Pelajar Timur Tengah

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS), melalui cawangan komersial dan perniagaannya UMS Link Holdings Sdn Bhd, sedang berusaha untuk menarik lebih ramai pelajar asing, terutama dari Timur Tengah, melanjutkan pelajaran di universiti itu.

Ketika mengumumkan perkara itu, timbalan naib canselor (akademik dan antarabangsa) UMS Prof Dr Shariff Abdul Kadir Omang berkata seperti universiti lain di dunia, UMS akan memasarkan dirinya di seberang laut sebagai sebahagian daripada program pengembangannya.

"Kebanyakan pelajar asing yang menuntut di UMS datang dari negara Asia seperti China dan Korea. Pendekatan baharu kami ialah menarik pelajar asing dari Timur Tengah.

"Kami juga akan menggalakkan pelajar dari negara anggota Asean seperti Kemboja, Laos dan Vietnam untuk belajar di UMS, dan awal bulan depan, kami akan hantar wakil ke Taiwan untuk tujuan serupa," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Sijil Pusat Pembangunan Profesional UMS (UCPD) kepada 189 pelajar, termasuk 166 pelajar asing, di sini, Khamis.

Dr Shariff mewakili naib canselor UMS Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah pada majlis itu. Turut hadir pengerusi kumpulan UMS Link Holdings Sdn Bhd Datuk K.Y Mustafa.

Pengurusan UCPD terletak secara langsung di bawah bidang kuasa UMS Link Holdings Sdn Bhd (ULink), anak syarikat milik penuh UMS.

Dr Shariff berkata pendekatan baharu itu sejajar dengan matlamat UMS untuk meningkatkan jumlah pelajar antarabangsa kepada 10 peratus daripada keseluruhan jumlah pelajar di universiti berkenaan, tidak lama lagi.

"Sebenarnya, UMS mampu menempatkan hingga 20,000 pelajar dan sasaran kami ialah mempunyai kira-kira 10 peratus pelajar antarabangsa. Bagaimanapun, sasaran ini belum tercapai. Sebab itulah UMS mengatur strategi untuk mempromosi dirinya di luar negara dan menarik lebih ramai pelajar antarabangsa," katanya.

Dr Shariff berkata majoriti pelajar antarabangsa mengikuti Program Yayasan Pelajar Antarabangsa (ISFP) di UMS untuk membolehkan mereka meneruskan pengajian peringkat ijazh dan lepasan ijazah di universiti ini.

ISFP adalah kursus persediaan sebagai persiapan untuk pelajar mengambil Peperiksaan Kecekapan Bahasa Inggeris dan Pengajian Asas, yang setaraf dengan Ujian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Asing (TOEFL) dan Sistem Ujian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS), katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan