UPM Anjur Pameran Reka Cipta, Penyelidikan & Inovasi 2012

Diterbitkan: Selasa, 17 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Universiti Putra Malaysia (UPM) akan meganjurkan Pameran Reka Cipta Penyelidikan, dan Inovasi (PRPI 2012)bermula 17 hingga 19 Julai ini.

Seramai 350 penyelidik, pereka cipta dalam pelbagai bidang seperti pertanian, pemakanan, perhutanan dan alam sekitar, kesihatan, teknologi dan kejuruteraan dan sains sosial akan membuka gerai ketika pameran berlangsung.

Menurut Timbalan Naib Canselor bahagian Penyelidikan dan Inovasi Upm, Prof Datuk Ir Dr Mohd Salleh Jaafar berkata pameran tersebut merupakan antara yang terbesar pernah dianjurkan oleh universiti berkenaan.

“Selain daripada pameran, PRPI akan turut melancarkan mesin memproses makanan seperti ‘eazy cooker’ yang merupakan mesin pelbagai guna untuk membuat jam, cili sos dan sos tomato bagi industri kecil dan sederhana dengan kerjasama Techology Park Malaysia Engineering Sdn Bhd.,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain itu, terdapat juga beberapa mesin lain yang akan diperkenalkan seperti mesin pemerah kelapa automatik, pengupas nenas, mesin pemotong buah nata de coco, mesin membuat kuih kacang koye, mesin mengupas dan pemotong kentang, mesin menggulung kuih tart nenas dan mesin menggredkan buah-buahan.

Jelasnya, pereka cipta lain akan turut melancarkan Spacer Architectonic Building Systerm (SABSystem) yajg akan meningkatkan prestasi struktur bangunan sedang dalam pembinaan.

“Memorandum persefahaman projek bersama Felda dan UPM akan turut ditandatangani pada PRPI dan ia akan dihadiri oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad,” katanya.

Bukan itu sahaja, orang ramai berpeluang melihat alam sekitar kampus dengan menyertai pakej Edu-tourism seperti melawat makmal zoology, koleksi herba, muzium entomologi, muzium tengkorak haiwan, makmal anatomi, lading rusa, lembu tenusu, Putra Dairy Park dan Institut Biosains untuk melihat pelbagai jenis tumbuhan herba.

PRPI akan disertai oleh pensyarah, felo penyelidik, pelajar pra-ijazah kedoktoran, siswazah, pegawia penyelidik daripada UPM serta penyertaan daripada Universiti Utara Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Perlis, Agensi Nuklear Malaysia, Universiti Pertahanan Malaysia, dan Universiti Sains Islam Malaysia.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan