23 Pelajar Malaysia Terima Biasiswa Kerajaan Jepun

Diterbitkan: Selasa, 27 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 23 pelajar menerima biasiswa kerajaan Jepun yang keseluruhan bernilai RM4.5 juta bagi melanjutkan pelajaran di negara tersebut.

Mereka terdiri daripada 21 lepasan ijazah dan dua pelajar ijazah pertama yang dipilih daripada 100 pemohon.

Menurut Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama akan menerima RM256,800 seorang untuk tempoh lima tahun sementara yang mengikuti ijazah lanjutan akan menerima RM188,280 untuk tempoh pengajian tiga tahun. "Pelajar ijazah pertama akan menerima RM4,280 sebulan sementara lepasan ijazah akan menerima RM5,230 sebulan," katanya di sini, Selasa.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Mohd Tajudin Don. Nakamura berkata pelajar yang diberi biasiswa itu dipilih berdasarkan kelayakan mereka, keputusan peperiksaan yang ditetapkan kerajaan Jepun serta temuduga yang dijalankan pihak kedutaan Jepun, JPA dan Kementerian Pelajaran.

Mereka akan dikecualikan dari membayar yuran sekolah, tuisyen dan peperiksaan selain diberi tiket penerbangan pergi-balik.

Nakamura berkata dua per tiga dari pelajar berkenaan akan mengikuti pengajian sains semula jadi selain kewangan, pengurusan, pendidikan, arkitek dan teknologi maklumat.

Mereka akan berlepas pada April dan Oktober ini.

Beliau mengucapkan tahniah kepada mereka dan berharap mereka seronok tinggal dan belajar di Jepun.

"Sebagai duta kecil negara kamu, kamu berpeluang mendekatkan Malaysia kepada rakyat Jepun dan berpeluang untuk menyumbang kepada persefahaman bagi meningkatkan setiakawan antara kedua-dua negara," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan