NC UUM Cabar Warga Kerja Agar Berani Berubah

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINTOK: Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak mencabar warga kerja UUM supaya berani berubah dan mengambil risiko untuk menjayakan visi dan misi universiti.

Katanya, matlamat menjadikan UUM sebuah institusi pengajian tinggi yang cemerlang, bermaruah dan berintegriti memerlukan warga kerja yang berwawasan dan berani mengambil risiko.

"Bagi mencapai objektif Pelan Strategik UUM tahun ini menerusi 105 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu penambahan dua KPI berbanding tahun lepas (2011) ia harus dijadikan asas kepada segala gerak kerja.

"Secara khususnya kita perlu meneruskan usaha mencapai status 'Top Business School' bertaraf lima bintang selain menjana kewangan sendiri bagi melaksanakan perancangan yang telah dibuat," katanya sewaktu menyampaikan 'Amanat Naib Canselor' sempena tahun baru 2012 di Dewan Seminar Pusat Islam UUM, pada Ahad.

Beliau berkata, pencapaian dua perkara itu akan memberi impak besar dan memastikan transformasi UUM untuk berada dalam 100 kelompok universiti pengurusan terbaik dunia yang dirancang dalam dua fasa berada di landasan betul.

Katanya, Pelan Strategik fasa pertama (2011-2015) meletakkan empat teras iaitu membangunkan kecemerlangan aktiviti kesarjanaan; membangunkan pelajar secara holistik; memperkasa aktiviti akademik; dan melestari sumber kewangan.

"Sekiranya semua empat teras ini dilaksanakan dengan jayanya adalah tidak mustahil Pelan Strategik fasa kedua (2016-2020) untuk meletakkan UUM di persada dunia tercapai," kata beliau.

Katanya lagi, UUM masih menumpukan tanggungjawab melestari ilmu melebihi keuntungan kewangan dalam proses menjadi universiti terkemuka.

UUM juga perlu menjana sendiri sebanyak RM140 juta atau kira-kira 43 peratus lagi dari jumlah perbelanjaan untuk tahun ini berikutan geran peruntukan kerajaan pusat kepadanya dikurangkan.

"Saya yakin jumlah ini mampu menjana jumlah melalui perancangan yang dibuat dengan mengambil kira kemampuan menjana kira-kira RM98 juta untuk menampung perbelanjaan tahun lepas setelah kerajaan mengurangkan peruntukan," tambahnya.

Beliau berkata, UUM menjimatkan hampir RM2.9 juta tahun lepas melalui perbelanjaan berhemat terutama bil utiliti hasil perubahan sikap warga kerjanya yang cermat menggunakan kemudahan yang disediakan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan