Kampus Politeknik Balik Pulau Siap 2013

Diterbitkan: Khamis, 27 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BALIK PULAU: Projek pembinaan kampus Politeknik Balik Pulau yang tergendala sejak lebih lima tahun lepas diteruskan mulai awal bulan ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pulau Betong Muhammad Farid Saad berkata projek berharga RM99 juta yang tertangguh pembinaannya berikutan beberapa masalah dijangka siap pada Ogos 2013.

"Ia akan beroperasi selewat-lewatnya Januari 2014," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat Projek Politeknik Balik Pulau oleh pemaju projek, Pengarah Urusan AIM Concept Sdn Bhd Abdul Rahim Jaafar kepada pemimpin tempatan.

Muhammad Farid berkata kampus seluas 41 hektar itu mampu menampung 3,000 penuntut untuk program diploma dan buat permulaan, ia akan menawarkan pengajian dalam bidang teknologi maklumat sebelum diperluas kepada beberapa bidang lain.

Sementara itu Abdul Rahim berkata fasa pertama projek itu akan membabitkan pembangunan di kawasan seluas 24 hektar melibatkan pembinaan bangunan pentadbiran, akademik, penginapan, surau, dewan dan kuarters kakitangan manakala 16 hektar lagi akan dibangunkan secara berperingkat. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan