Pusat Biologi Kimia USM Lancar Projek Genom Manusia Pertama Di M'sia

Diterbitkan: Jumaat, 23 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pusat Biologi Kimia Universiti Sains Malaysia (USM) melancarkan projek genom manusia yang pertama di negara ini bagi menemui punca kewujudan penanda genetik kepada seseorang individu pembesaran yang terbantut (kerdil).

Ketua Penyelidik projek itu yang juga seorang kerdil, Lee Ling Sze, 26, berkata kajian USM itu menjadi langkah penting dalam pembangunan untuk memajukan bidang perubatan dan aspek penjagaan kesihatan lain.

"Penyakit manusia yang disebabkan oleh kerosakan kromosom mungkin boleh diatasi menerusi penyelidikan yang dijalankan bersama sekumpulan penyelidik USM sejak 2009.

"Selepas mengetahui kromosom yang rosak, mungkin ia boleh digunakan untuk mengatasi dan merawat penyakit yang dihadapi seseorang secara lebih berkesan selain mengelakkan genetik itu diwarisi oleh generasi masa depan," katanya dalam sidang akhbar di sini, Jumaat.

Lee, yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur berkata, setakat ini kajian itu mendapati penyakit kerdil yang dihadapinya bukan disebabkan kerosakan pada kromosom yang dikenali 'fgf3' (gen akondroplasia).

"Ini kerana daripada gen saya mendapati kromosom saya normal dan tidak mengalami kerosakan, sehubungan itu saya mahu mencari puncanya dengan lebih lanjut," katanya sambil menyasarkan kajian itu dapat disiapkan akhir tahun ini selain berhasrat menerbitkan satu jurnal sains sebagai panduan.

Lee merupakan graduan Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang Sains di USM yang kini sedang menyambung pengajian dalam peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang sama di universiti itu.

Menurutnya, projek perintis itu turut mendapat sokongan dan kerjasama antara Pusat Kimia Biologi USM dengan Joint Genome Institute-Los Alamos National Laboratory (JGI-LANH) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Pada majlis itu, USM yang diwakili Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dzulkifli Razak memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan JGI-LANH yang diwakili oleh Ketua Kumpulan Sains Genomics dan Pengarah Pusat Jabatan Tenaga JGI-LANH Chris Detter bagi menggabungkan tenaga pakar dan berpengalaman projek itu.

Pemeteraian MoU itu disaksikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan