Graduan Perlu Timba Pengalaman Hadapi Cabaran Tidak Menentu

Diterbitkan: Ahad, 18 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Para graduan universiti hari ini dinasihatkan menimba pengalaman sebanyak mungkin menerusi insiatif sendiri dalam menghadapi cabaran persekitaran kini yang tidak menentu.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah melalui pengalaman itu mereka akan menjadi lebih mantap dan seimbang dengan ilmu dan pengetahuan yang mereka perolehi.

Baginda yang juga Pro Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah demikian pada sidang kedua istiadat konvokesyen ke-6 universiti itu di Dewan 2020 di sini.

Di upacara tersebut baginda menyampaikan diploma kepada lebih 200 graduan daripada sejumlah 1,237 graduan yang menerima ijazah dan diploma masing-masing bermula Sabtu.

Menurut baginda, setiap tahun institusi pengajian tinggi awam dan swasta di dalam dan luar negara melahirkan ramai graduan yang akhirnya akan menyertai pasaran tenaga kerja.

"Persaingan memburu pekerjaan kini semakin sengit kecuali di bidang-bidang kritikal yang amat diperlukan," titah baginda.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen bertitah dalam pasaran tenaga kerja yang longgar, majikan mempunyai banyak pilihan dan mereka akan mengenakan syarat ketat bagi mendapatkan tenaga kerja yang benar-benar berkebolehan dan berketrampilan.

Sehubungan itu, titah baginda, para graduan perlu mencari kelebihan termasuk melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah seperti mampu berkomunikasi, hubungan peribadi dan keupayaan analitikal serta intelektual.

Titah baginda, selain itu mereka perlu mempunyai pengalaman yang ditimba melalui latihan sama ada secara formal mahupun tidak formal di luar kampus. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan