Tindakan Akan Diambil Terhadap Penuntut Tajaan Mara Sertai Perhimpunan Haram

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan akan diambil terhadap penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jika mereka didapati menyertai perhimpunan haram Sabtu, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata setakat ini, Mara belum menerima laporan mengenai pembabitan penuntut tajaannya dalam perhimpunan itu dan akan meminta Ketua Pengarah Mara Datuk Ibrahim Ahmad menyiasat serta menyerahkan laporan mengenai perkara tersebut dengan segera.

Ditanya sama ada tindakan terhadap penuntut berkenaan akan membabitkan penarikan balik pinjaman, Shafie berkata beliau akan meneliti alasan mereka menyertai perhimpunan itu.

"Bentuk tindakan akan kita lihat apa sebab mereka terlibat dengan perhimpunan ini. Kita hantar mereka ke luar negara untuk menuntut, bukan mengambil bahagian dalam kegiatan yang boleh memudaratkan, yang boleh mencemar imej negara serta pemerintah.

"Kalau mereka yakin negara ini tidak adil, kenapa buat pinjaman dengan Mara, kalau tidak dapat pinjaman, mereka marah, kita kena pastikan perkara ini tidak berlaku, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku "Flowers Of My Heart" dan "The Other Side Of The World" karya isterinya, Datin Shuryani Shuaib di sini Ahad. Buku itu dilancarkan Raja Perempuan Perlis Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Mengulas mengenai perhimpunan Sabtu, Shafie memuji tindakan polis yang berjaya mengawal keadaan.

"Saya ucapkan syabas kepada pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan tugas dengan jayanya, kita tahu mereka (polis) telah bersiap-sedia sejak awal lagi, dan kita juga bersyukur tidak ramai yang menyertai (perhimpunan) seperti yang dijangkakan sebelum ini," katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna berkata buku yang dihasilkan isterinya akan dijual pada harga RM100 senaskhah bagi mengumpul dana untuk Yayasan Semporna.

"Dana tersebut akan disalurkan sepenuhnya dalam bidang pendidikan bagi membantu anak-anak di luar bandar di Daerah Semporna untuk meneruskan pengajian dalam pelbagai bidang, sama ada di dalam mahupun luar negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan