UTP Tandatangan MoU Dengan Tujuh Rakan Industri

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada Jumaat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tujuh rakan industri dalam usahanya meraih kecemerlangan akademik dan penyelidikan.

MoU itu ditandatangani antara Naib Canselor UTP Datuk Dr Zainal Abidin Kasim dan Pengerusi Mikuni (M) Sdn Bhd Ismail Bahari, Naib Presiden Penyelidikan Cybersecurity Malaysia, Dr Solahuddin Shamsuddin serta Pengarah Urusan Astra Group Sdn Bhd Azarol Faizi Zakaria Ansari.

Lain-lain terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif Jaring Communications Sdn Bhd Nik Abdul Aziz Nik Yaacob, Pengarah Pembangunan Perbiagaan Muhibbah Engineering (M) Berhad Mac Chung Jin, Pengarah Petrotechnical Inspection (M) Sdn Bhd Amli Saprin dan Pengarah Pemasaran Teknikal Reality One Cheng Yau Tong.

Di bawah MoU itu, UTP dan rakan industrinya akan mengadakan kerjasama dalam pelbagai bidang, antaranya aktiviti penyelidikan, pertukaran maklumat, bahan-bahan akademik peluang-peluang latihan dan pembiayaan pelajar.

Mereka juga akan bekerjasama dalam membangunkan projek-projek baru dan menganjur penyelidikan bersama, aktiviti rundingan dan tunjuk ajar, di samping mengkaji bidang-bidang kerjasama dan hubungan strategik yang sesuai.

Zainal berkata hubungan kukuh dan berkesan industri-universiti merupakan satu bentuk sokongan yang penting ke arah pembangunan pesat dalam penyelidikan inovasi dan teknologi.

"Dalam MoU dengan Reality One Pte Ltd, penyelidikan terkini yang sedang diusahakan ialah berhubung Sistem Pengurusan Air Sepenuhnya menggunakan teknologi tanpa wayar.

"Manakala menerusi MoU dengan Astra Group pula, UTP akan bekerjasama dalam melakar masa depan bateri semasa memastikan penggunaan semasa bateri oleh kenderaan digunakan sepenuhnya bagi memastikan penyelesaian mesra alam sekitar," katanya kepada pemberita selepas menandatangani MoU di sini, Jumaat.

Turut hadir ialah Pengerusi Institut Technologi Petronas Sdn Bhd, Juniwati Rahmat Hussin. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan