Universiti Harus Lebarkan Sayap - Khaled Nordin

Diterbitkan: Isnin, 11 April 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Universiti seharusnya melebarkan sayap kerjasama melampaui batas negara dalam memupuk dan menyumbang kepada pembangunan serantau serta antarabangsa, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, ia dapat dijayakan menerusi kerjasama, rundingan dan perkongsian sumber yang akan memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang dengan pengukuhan rangkaian kerja berkaitan ilmu.

Menurutnya, usaha-usaha kearah kerjasama dan perkongsian pintar antara sektor industri dan universiti juga penting dalam usaha melakar kejayaan dalam aspek pembangunan negara.

"Sebagai hub inovasi, kerjasama universiti dengan industri akan membantu dalam banyak cara dan salah satu daripadanya ialah dalam bentuk mencari cara bagaimana untuk menyumbang kepada isu berkaitan pembangunan lestari," katanya dalam ucaptamanya di Sidang Kemuncak Pendidikan Malaysia 2011 kali ke-15 di sini, Rabu.

Ucapan bertajuk "Higher Education in the New Economy - A Roadmap of Prospect and Challenges" itu dibacakan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi Profesor Dr Rujhan Mustafa.

"Semasa menghargai pembabitan industri dan bantuan yang dihulurkan kepada bidang akademik dalam program-program kurikulum dan sebagainya, masanya sudah tiba untuk membawa kerjasama ini kepada skop yang lebih luas," katanya.

Mohamed Khaled menegaskan pihak kementerian mensasarkan pengambilan 150,000 pelajar antarabangsa di Malaysia menjelang tahun 2015, dan 200,000 pelajar menjelang 2020.

Ketika ini jumlah pelajar antarabangsa dalam negara ialah sekitar 86,000 orang.

Beliau berkata, pihak kementerian akan terus memantau kualiti pelajar yang diterima melanjutkan pelajaran dalam negara, di samping meletakkan pelbagai mekanisma bagi memastikan mereka memiliki kualiti yang diperlukan oleh program pengajian.

Menurutnya, semasa minat untuk mendapatkan lebih ramai pelajar antarabangsa di kalangan institusi pengajian tinggi dalam negara semakin memuncak, dengan jumlah perbelanjaan seorang pelajar berada sekitar RM30,000 tiap setahun, usaha memastikan bahawa pelajar-pelajar ini benar-benar berkualiti tinggi sememangnya amat mencabar.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan