Pelajar UPNM Bantu Bersihkan Rumah Orang-Orang Tua Seri Kenangan Seremban

Diterbitkan: Khamis, 4 November 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Mahasiswa yang terlibat dalam program ini turut membantu membersih dan menghias kawasan sekitarRumah Orang-Orang Tua Seri Kenanga, Seremban.
Mahasiswa yang terlibat dalam program ini turut membantu membersih dan menghias kawasan sekitarRumah Orang-Orang Tua Seri Kenanga, Seremban.

SEREMBAN: Baru-baru ini seramai 54 orang pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bersama dua fasilitator dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah terlibat dalam satu program kesukarelawan yang diadakan di Rumah Orang-Orang Tua Seri Kenangan, di sini.

Malah program yang diadakan pada Oktober lalu itu turut berlanjutan ke Teluk Kemang, Port Dickson di bawah anjuran Kelas Kokurikulum Asas Kesukarelawan UPNM dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Prostar.

Prostar yang banyak menyumbang dalam pelbagai aktiviti belia di negara ini dan juga dalam membela golongan belia yang kurang bernasib baik telah bermurah hati untuk menaja program kesukarelawanan ini.

Melalui program tersebut, para mahasiswa membantu membersih dan menghias kawasan sekitar, disamping mengenali dengan lebih dekat cara kehidupan warga emas di Rumah Orang-Orang Tua Seri Kenanga.

Di lokasi kedua, mereka membantu Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPP) membersihkan kawasan pantai Port Dickson.

Pengerusi Prostar, Zainuddin Abdul Samad berkata, program yang dianjurkan ini mampu memberi banyak faedah kepada mahasiswa khususnya dalam memupuk ilmu-ilmu kesukarelawan.

Menurutnya lagi, program yang dianjurkan ini dapat melahirkan mahasiswa yang mengutamakan aktiviti kemasyarakatan dan sanggup berkorban demi kepentingan awam.

Tambah beliau lagi, program ini juga mengimplementasikan kemahiran-kemahiran insaniah yang telah dipelajari terutamanya kemahiran kepimpinan, kerja secara berpasukan, kemahiran berkomunikasi, pembelajaran sepanjang hayat, etika moral dan profesional serta mengukuhkan jati diri.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan