IPT harus Jadi Pemangkin Ekonomi Negara - Kampus | mStar

IPT harus Jadi Pemangkin Ekonomi Negara

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Institusi Pengajian Tinggi harus menjadi pemangkin kelompok utama ekonomi bagi menjana pembangunan negara, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata dalam Rancangan Malaysia Ke-10 sektor pengajian tinggi mendapat peningkatan peruntukan 40 peratus untuk pembangunan bukan fizikal dengan penekanan diberikan kepada pembangunan intelektual.

"RMK-10 dilihat telah menyediakan iklim yang baik dan kondusif untuk sektor pengajian tinggi khususnya dalam soal pembangunan modal insan negara," katanya dalam ucapan perasmian Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat di Perpustakaan di sini pada Selesa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Datuk Omar Abdul Rahman. Katanya, transformasi harus dilakukan terutamanya di perpustakaan, yang sentiasa menjadi pusat membekalkan maklumat kepada para pelajar.

"Oleh itu, transformasi perpustakaan melalui teknologi maklumat perlulah dilakukan dengan terancang tetapi fleksibel dan pada masa yang sama menyokong secara prakmatik usaha kerajaan mewujudkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang bertaraf dunia," katanya.

Tambahnya, pemantapan kecemerlangan graduan universiti dan pelajar sekolah amat bergantung kepada usaha perpustakaan mengambil pendekatan transformasi yang holistik, berstruktur dan strategik.

"Dengan transformasi tersebut, kita akan mampu mencapai matlamat untuk meletakkan negara kita sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan berupaya mengeluarkan modal insan bermentaliti kelas pertama," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan