Arkib Negara, UTHM Anjur Program Mengenang Tun Hussein Onn

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Program "Mengenang Tokoh Negarawan - Allahyarham Tun Hussein Onn" diadakan selama empat hari mulai Khamis di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat dekat sini, sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Perdana Menteri Ketiga negara itu dalam memupuk perpaduan kaum.

Pegawai Perhubungan Awam UTHM Shafry Salim berkata program anjuran bersama Arkib Negara dan universiti berkenaan bertujuan menggalakkan rakyat, terutama generasi muda, menghargai serta menjiwai jasa Tun Hussein yang digelar "Bapa Perpaduan".

"Pelbagai acara diatur sepanjang program termasuk pameran, forum perdana, ceramah 1Malaysia, bacaan tahlil dan Yaasin, pertandingan berbalas pantun serta pidato," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata adik Allahyarham iaitu Lt Jen (B) Datuk Ja'afar Onn dan Anggota Parlimen Sri Gading Datuk Mohamad Aziz merupakan tokoh yang terlibat dalam program "Bicara Tokoh: Tun Hussein Onn" yang dijadual diadakan di Dewan Kuliah 1, UTHM pada 10 pagi, Sabtu ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pula dijangka merasmikan program itu Ahad ini, katanya.

Allahyarham Tun Hussein yang menjadi Perdana Menteri mulai 1976 sehingga 1981, merupakan anak pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dan beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 akibat serangan jantung. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan