Lebih Ramai Pelajar Asia Barat Ingin Ke Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menjadi hab pendidikan penting bagi pelajar dari Asia Barat melanjutkan pengajian mereka di negara ini, kata Pengerusi Yayasan Nippon, Yohei Sasakawa.

Katanya pelajar khususnya dari banyak negara dari rantau itu termasuk Iraq, Iran, Syria sedang mengikuti pengajian tinggi mereka di sini.

"Salah satu faktor yang menarik pelajar dari Asia Barat adalah kerana Malaysia merupakan sebuah negara Islam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Dana Zamalah Pemimpin-Pemimpin Muda Sasakawa (SYLFF) di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Sasakawa juga berkata Asia mungkin menjadi kuasa utama dengan memainkan peranan kepimpinan dalam abad ke-21 ekoran keadaan semasa politik, pendidikan dan ekonomi.

Bagaimanapun, katanya, bagi merealisasikan impian tersebut, semua negara di rantau Asia harus melihat dan berkongsi pengalaman masing-masing.

"Hanya dengan berbuat demikian, masalah bersama seperti buta huruf, kemiskinan dan lain-lian dapat diselesaikan," katanya.

Mengenai SYLFF, katanya ia ditubuhkan bagi mengenal pasti dan memupuk pemimpin yang akan menghormati kepelbagaian budaya, bangsa dan agama serta mempunyai kemampuan dalam menangani isu-isu global.

SYLFF ditubuhkan pada 1987 dan UM adalah antara 69 buah unversiti di 44 negara yang terbabit dalam program tersebut.

Buat masa ini, terdapat seramai 57 penerima biasiswa SYLFF dalam UM sejak mula diperkenalkan pada 1990 dan 13,000 penerima di seluruh dunia.

Pemohon biasiswa SYLFF boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web www.ips/um/edu/my. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan