Aswara Tawar Program Diploma Animasi Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 31 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menawarkan program Diploma Animasi mulai tahun depan.

Rektor Aswara Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata buat permulaan 30 penuntut akan dipilih untuk melanjutkan pelajaran dalam program itu.

"Bagi tenaga pengajar pula, kami tidak akan mengambil pengajar dari luar negara kerana ada sebilangan tenaga pengajar tempatan pernah belajar program tersebut di luar negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Seni Aswara di sini, hari ini.

Katanya Aswara yang merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian seni persembahan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, disediakan dengan peruntukan RM14.7 juta bagi membangunkan pendidikan dan latihan animasi.

"Malah Aswara akan memanggil penggiat serta pihak yang terlibat dengan bidang animasi ini supaya melihat produk animasi yang dihasilkan oleh Aswara agar memenuhi kehendak industri dan masyarakat," katanya.

Setakat ini Aswara mempunyai lima fakulti iaitu Fakulti Muzik, Fakulti Tari, Fakulti Teater, Fakulti Penulisan serta Fakulti Filem dan Video dengan jumlah pelajar 1,806 orang.

Sementara itu, Festival Seni Aswara atau Penilaian Tahun Akhir (PeTA) 2010 bagi pelajar-pelajar yang mengikuti pembelajaran di Aswara bermula hari ini hingga 11 Jun 2010.

Seramai 118 pelajar tahun akhir dari pelbagai fakulti dinilai oleh panel penilai yang terdiri daripada ahli akademik, ahli industri seni, penggiat seni dan karyawan seni serta golongan profesional. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan