Permohonan ke IPTA Dibuka Mulai Hari Ini

Diterbitkan: Selasa, 2 Februari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Permohonan melalui talian untuk kemasukkan ke semua peringkat pengajian di 20 buah universiti awam negara kecuali Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi akademik 2010/11 dibuka secara rasminya hari ini.

Calon-calon boleh mengakses laman web rasmi kemasukan ke IPTA (http://upu.mohe.gov.my) mulai jam 12 tengah hari. Tarikh tutup permohonan untuk semua pengambilan ialah pada 30 Mac.

USM yang telah diberikan status apex memiliki keistimewaan untuk membuat pengambil sendiri mengikut keperluan dan keutamaan mereka melainkan untuk program ijazah sarjana muda pendidikan sahaja akan dibuat melalui pengambilan pusat.

Bagi program pengajian bukan pendidikan di USM, sila memohon melalui laman web USM (www.usm.my)

Permohonan bagi kemasukan ke sesi pengajian akademik 2010/11 terbuka kepada semua calon yang telah menduduki peperiksaan STPM untuk tahun 2009 manakala bagi mereka yang menduduki peperiksaan STAM pula ialah bagi tahun 2009, 2008 dan 2007.

Manakala bagi lepasan SPM dan yang setaraf dengannya, permohonan adalah terbuka kepada yang telah menduduki peperiksaan bagi tahun 2009 (bagi kategori A); 2007 dan 2008 (bagi kategori B) dan pemohon-pemohon lepasan SPM/SPMV bagi tahun 2006 (untuk kategori C).

Kepada lepasan SPM bagi tahun 2007 dengan sijil ulangan SPM 2008 atau dengan sijil ulangan SPM 2009 mereka boleh memohon di bawah kemasukan kategori D.

Untuk membolehkan para pemohonan melengkapkan permohonan mereka melalui talian, mereka perlu mendapatkan nombor unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM10.60 bagi pemohon-pemohon ke program persediaan dan diploma manakala permohonan ke program pengajian ijazah pertama, pada harga RM15.60.

Untuk kemasukan bagi sesi akademik 2010/11 ini, universiti-universiti yang menawarkan program pengajian diploma (untuk lepasan SPM dan yang setaraf dengannya) ialah Universiti Malaya (UM); Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); Universiti Teknologi Mara (UiTM); Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Universiti Tun Hussein Onn (UTHM);Universiti Teknikal(UTem); Universiti Malaysia Pahang (UMP); Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Sementara universiti yang menawarkan program-program persediaan/asasi (juga untuk lepasan SPM dan yang setaraf dengannya) pula terdiri daripada UM; UPM; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); UiTM; Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Untuk pengambilan program pengajian ijazah pertama, kesemua IPTA kecuali UPNM akan menawarkan tempat kepada lepasan STPM.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan