Kolej PTPL Bina Logo 1Malaysia Guna 30,000 Biji Kuih Apam

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) Datuk Prof Mohd Shukri Ab Yajid bersama para pensyarah dan pelajar-pelajar bergambar bersama hasil ciptaan mereka
Presiden Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) Datuk Prof Mohd Shukri Ab Yajid bersama para pensyarah dan pelajar-pelajar bergambar bersama hasil ciptaan mereka "Biggest Logo Made by Kuih Apam" yang mencipta rekod Malaysian Book of Records di Kolej PTPL di Shah Alam, hari ini. Aktiviti ini melibatkan penyertaan seramai 200 peserta dan dianggarkan sebanyak 20 ribu hingga 30 ribu biji kuih apam digunakan bagi membentuk logo 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia itu disusun menggunakan kuih apam yang sebahagiannya dibalut dengan kertas bewarna biru, putih dan merah. -Foto BERNAMA

SHAH ALAM: Malaysia Book of Records (MBOR) hari ini mengiktiraf usaha pelajar Kolej PTPL di sini yang mencipta logo 1Malaysia dengan menggunakan 30,000 biji kuih apam yang dimasak sendiri oleh mereka.

Pengiktirafan berdasarkan penggunaan logo dari kuih.

Usaha yang bermula dari semalam itu disertai oleh 200 pelajar jurusan Hospitaliti serta Seni Kulinari yang membabitkan kos RM15,000 yang dikeluarkan pihak pengurusan kolej dalam usaha menyemai semangat kerjasama di kalangan pelajar.

Presiden Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) dan Kumpulan Kolej PTPL, Datuk Prof Mohd Shukri Ab Yajid berkata proses menyusun kuih apam berkenaan di atas sebuah meja di kawasan padang kolej itu dimulakan seawal pukul 8 pagi tadi.

Beliau berkata logo 1Malaysia itu disusun menggunakan kuih apam yang sebahagiannya dibalut dengan kertas berwarna biru, putih dan merah.

"Saya bangga kerana usaha yang dilakukan para pelajar ini dapat membantu mereka menjadi generasi masa depan yang kreatif dan kompetitif," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pelajar kolej itu selesai menyusun logo 1Malaysia di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata pelajar kolej itu mengambil masa empat jam untuk menyiapkan logo berkenaan dan diiktiraf oleh MBOR kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Usaha pelajar kolej berkenaan turut disaksikan oleh wakil dari MBOR iaitu Penolong Penerbitnya Azrene Manap. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan