KERANG boleh dimasak dalam pelbagai cara. Paling mudah cubalah kerang ala Kam Hiong. Ringkas tetapi enak dan sesuai dijadikan sajian untuk berbuka puasa. Bahan-bahan: 400 gram kerang 2 ulas bawang putih (dicincang halus) 1 sudu makan udang kering (direndam dan dicincang) 1 tangkai daun kari 1 batang serai (dipotong nipis) 1/2 sudu kecil belacan 3 biji lada mata burung 1/2 sudu kecil serbuk stok ayam Secubit garam Gula secukup rasa 2-3 sudu besar air 1 sudu besar daun bawang dan ketumbar (untuk hiasan) Cara penyediaan: - Basuh kerang sehingga bersih, kemudian rendam selama sejam bersama 1/2 sudu kecil garam. - Sebaik saja kerang bersih, celur di dalam air panas selama 2-3 minit. Keluarkan kerang dari air panas dan tapis. - Panaskan 2-3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang, udang kering, daun kari dan serai hingga naik bau. - Kemudian masukkan serbuk belacan dan kacau sehingga naik bau. Masukkan lada mata burung dan kerang, seterusnya kacau dengan cepat. - Masukkan serbuk perasa dan gaul. Sedia untuk dihidangkan dan taburkan daun bawang dan ketumbang sebagai hiasan.