Pajeri Kedondong Tarikan Istimewa Caprilicious

Diterbitkan: Jumaat, 24 Jun 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAMADAN adalah waktu yang tepat untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jika anda sedang mencari hidangan bufet dengan harga berpatutan untuk berbuka puasa, mungkin Caprilicious@Capri by Fraser Kuala Lumpur boleh dipertimbangkan.

Dengan harga RM90, pengunjung disajikan pelbagai pilihan hidangan menyelerakan untuk berbuka puasa.


Pelbagai pilihan kuih tradisional Melayu pasti membuka selera pengunjung.

Terdapat banyak masakan Melayu termasuk juadah tradisional seperti pajeri kedondong yang disediakan chef Harmizie Mohamed.

Pajeri hidangan popular di Kedah. Ia biasanya dimasak dengan nanas atau terung.

Harmizie berkata beliau menemui hidangan berkenaan semasa bercuti di Pendang, Kedah.


Pengunjung boleh menikmati murtabak dan roti canai yang disediakan di salah satu kaunter bufet.

"Saya melihat seorang wanita tua menjual hidangan ini dan saya fikir ia adalah menarik kerana saya tidak pernah melihat orang memasak pajeri dengan kedondong (buah umbra) sebelum ini," katanya.

Oleh kerana rasa buah kedondong adalah masam, Harmizie menambah gula kabung bagi mengimbangi rasa pajeri itu.

Selain itu hidangan popular iaitu murtabak yang disediakan di Caprilicious juga tidak mengecewakan.


Pelbagai pilihan sambal disediakan di Caprilicious.

Terdapat juga pencuci mulut istimewa seperti ais kacang, cendol, kek dan pelbagai pilihan kuih muih.

CAPRILICIOUS @ Capri by Fraser Kuala Lumpur, 5, Jalan Kerinchi, Bangsar South City, Kuala Lumpur. (Tel: 012-386 0888). -StarMetro.

Tags / Kata Kunci: Pajeri Kedondong , Buka Puasa

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan