Kepuasan Berbuka 'Gaya Kampung' Di Dorsett KL

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

HIDANGAN kampung sentiasa menjadi pilihan utama sepanjang Ramadan walaupun banyak restoran atau hotel cuba mencipta kelainan dengan mengetengahkan menu moden sebagai juadah berbuka.

Melihat perkembangan ini, Dorsett Kuala Lumpur terus mengekalkan bufet 'Gaya Kampung' yang sering ditampilkannya untuk Ramadan kali ini, tetapi dengan sentuhan yang lebih unik, hasil kerja pasukan chef berpengalamannya.


Ketua chef Badrol Hisham Mohd Ali berkata walaupun hidangan kampung sentiasa menambat hati warga kota, namun Dorsett KL mengambil pendekatan untuk tidak terlalu terikat dengan konsep tersebut dengan turut memberi perhatian kepada beberapa makanan Barat, Cina, India dan Jepun yang digemari pengunjung.

"Hidangan kampung masih jadi keutamaan dengan banyak jenis lauk, kuih-muih dan pencuci mulut tradisional disediakan setiap hari.

"Tetapi pada masa yang sama kita juga menyediakan hidangan seperti nasi ayam Hainan, aneka salad dan sushi supaya pengunjung boleh bertukar-tukar selera," katanya.



Badrol Hisham berkata secara keseluruhannya, terdapat lebih 100 hidangan akan disediakan setiap hari dengan kadar berpatutan iaitu RM88 untuk dewasa dan potongan 50 peratus akan diberikan untuk kanak-kanak dan warga emas.



Mengenai hidangan paling istimewa pada tahun ini, beliau berkata tiga chef, iaitu Chef Faizal, Chef Hakim dan Chef Sulaiman telah bergabung tenaga menghasilkan menu Salmon Percik Norway yang mampu membangkitkan selera. Menu ini sedia 'bertemu' pengunjung bermula 13 hingga 26 Jun.

Istimewanya hidangan ini apabila ia menggunakan ikan salmon yang telah diperap selama sehari dan kemudian dipanggang, sebelum dimakan bersama nasi tomato, kuah percik dan sayur-sayuran.

Selain itu terdapat juga lauk-pauk tradisonal lain seperti puyuh goreng kunyit, kambing bakar, paru goreng berlada, asam pedas ikan pari, masak lemak siput sedut, aneka kerabu dan banyak lagi.

Badrol Hisham berkata, pihaknya juga sentiasa mengambil kira kehendak sebahagian pengunjung yang berdiet atau tidak gemar makan makanan berat ketika berbuka.

"Mereka boleh makan rojak pasembur kuah kacang bersama paru, udang, sosej, telur rebus dan kentang. Kita juga sediakan sate, roti canai, dan mee rebus," katanya.



Satu lagi perkara menarik apabila berbuka di sini adalah aneka hidangan pencuci mulutnya. Anda pasti akan pulang dengan gembira  selepas mencuba pulut kuah durian, bubur kacang, macaroon dan ais krim vanila celup coklat yang dimakan bersama tapai.


Tags / Kata Kunci: bufet Ramadan , Dorsett KL , Ramadan 2016

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan