Kerabu Udang

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 7:00 AM

Gambar hiasan: Kerabu udang.

(Ubah saiz teks)

HIDANGAN berasaskan udang memang dapat menghasilkan rasa yang enak, kerana hasil laut itu sendiri sedap dimakan walau dimasak dengan apa juga cara. 

Bagi yang mahukan kelainan, apa kata sediakan kerabu udang untuk berbuka nanti.

Kerabu Udang

Bahan:

600 gm udang  -  dibelah belakang

500 gm taugeh

Sedikit kacang panjang - potong kecil

3 biji cili merah - dipotong memanjang

3 biji cili hijau - dipotong memanjang

5 batang serai dihiris nipis

100 gm cili padi - dihiris nipis

10 gm daun ketumbar - dihiris nipis

3 biji limau nipis - diperah jus

1 biji tomato

10 gm sambal belacan

sedikit sos ikan

Cara:

Udang dan taugeh dicelur sekejap. Toskan. 

Gaulkan dengan bahan yang dipotong dan hiris , campurkan jus limau , sambal belacan, sos ikan dan garam secukupnya hingga rata.

Tags / Kata Kunci: kerabu udang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan