Pelanggan Kenyang Makan Nasi Putih Ayam Kunyit

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 4:21 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tak Kedekut. Ringkasnya itulah gambaran yang boleh diberikan kepada gerai nasi putih ayam kunyit di bazar Ramadan Kelana Jaya dekat sini.

Maksudnya, pada harga yang berpatutan, pelanggan akan berpuas hati dengan hidangan yang enak serta kuantiti yang banyak.

Jadi tidak hairanlah apabila sejak pukul 5 petang hingga hampir waktu berbuka puasa, pelanggan tidak putus-putus singgah ke gerai milik Rahman Helmi ini.

Kata Rahman, perniagaannya ini merupakan pekerjaan sampingan di bulan Ramadan yang diusahakan bersama isterinya, Nur Shahida Daud.

“Saya bekerja kilang dan pada masa sama menjual nasi putih ayam kunyit bersama isteri dan kali ini adalah tahun kelima berniaga di sini,” katanya.

Menurut pemuda berusia 28 tahun ini, resepi bagi menghasilkan menu jualannya diperoleh daripada rakannya yang berniaga juadah sama di Cheras.

“Rakan saya, Fahdil memujuk saya berniaga nasi putih ayam kunyit dan saya kerap ke Cheras untuk belajar cara-cara menyediakan makanan itu dengannya,” kata Rahman yang gembira dengan sambutan orang ramai setakat ini.

Dalam pada itu, seorang pelanggan gerai tersebut, Izzat Azar Ahmad Tahir, 25, berkata, rasa yang enak serta kuantiti memuaskan menyebabkan juadah itu menjadi pilihannya.

“Apa yang saya suka mengenai ayam kunyit ini adalah rasanya yang sedap dan kuantiti ayam yang diberikan juga banyak jadi sudah tentu saya gembira kerana saya pasti kenyang,” kata Izzat mengenai juadan yang dijual pada harga RM5 itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan