Sup Reneh

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

RESIPI yang ini nak dikatakan singgang bukan, pindang pun bukan, tom yam pun bukan. Entah apa nak dinamakan, penyumbang resipi menamakannya sup reneh, sebab ia hanya perlu merenehkan sup dengan bahan-bahan pilihan.

Apa yang digunakan ialah hirisan bawang merah, cili padi dan  lengkuas, selain serai yang diketuk serta asam gelugur yang direneh selama setengah jam dengan air.

Kemudian masukkan garam dan gula

Kemudian goreng bawang putih tumbuk sehingga kuning dan cili serbuk kasar.

Tuangkan ke dalam kuah dan masukkan ikan mengikut pilihan anda. Segalanya dilebur dalam periuk tanpa sukatan. 

Untuk bawang putih bercili: ambil 7 ulas bawang tumbuk kasar dan goreng sehingga garing seperti bawang goreng.

Setelah hampir garing masukkan satu sudu serbuk cili, dan matikan api. Minyak jangan terlalu banyak sewaktu menggoreng, sebab kita kena tuang semua minyak dan bahan goreng tadi ke dalam sup.

Serbuk cili ada dua jenis, satu yang halus macam serbuk kunyit dan ada yang kasar sedikit. Kalau tak jumpa di kedai, kita gunting halus cili kering pun boleh juga, apa susahnya!

Bau bawang putih goreng tadi membangkitkan bau sup reneh ini. 

Sukatan resipi todak diberikan kerana bahan-bahan lainnya terserah kepada anda  nak bubuh banyak mana. Ikan boleh anda pilih, tilapia, merah, siakap, tenggiri, kembung, senangin dan bawal. Kalau nak guna tulang daging dan ayam bahagian tulang-tulang pun sedap juga.

Tags / Kata Kunci: sup reneh , pembuka selera , resipi Ramadan

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan