Dori Bakar Sos Tomato - Jamu Selera | mStar

Dori Bakar Sos Tomato

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAUK-pauk untuk berbuka sebenarnya tidak terhad kepada sajian popular seperti kari, asam pedas atau masak lemak sahaja. Sebaliknya, anda boleh juga menjadikan menu dengan ciri 'barat' sebagai salah satu sajian lauk-pauk.

Bahan-Bahan

2 keping isi dori-hiris kasar
5 keping keju

Bahan Kuah

2 labu bawang besar-dadu
7 biji tomato-buang biji dan dadu
2 keping daun bay
4 sudu besar tomato pes
Gula dan garam
Minyak
Sedikit air

Cara Penyediaan

Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
Masukkan tomato dadu, pes tomato dan daun bay.
Tumis sehingga pecah minyak.
Tuangkan sedikit air dan masukkan gula dan garam.
Biarkan kuah mendidih sehingga pekat.
Susun isi dori dalam dulang dan tuangkan kuah dan susun keju keping. Bakar selama 15 minit.


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan