Nasi Daging - Jamu Selera | mStar

Nasi Daging

Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 1:30 AM

Nasi Daging

(Ubah saiz teks)

RESIPI ini katanya digemari terutama dalam kalangan orang utara tanah air. Malahan, ia sering dihidangkan ketika majlis perkahwinan dan musim perayaan.

Nasi Daging

Bahan:
5 cawan beras basmathi atau beras biasa/wangi - dibasuh, rendam 30 minit dan toskan.
300 gram daging - dipotong kiub 

Bahan menumis dihiris:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan lain
:
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter/marjerin
150 ml susu cair
2 sudu besar sos tomato/tomato puri
sup bunjut adabi
bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 sudu besar serbuk kurma 
garam secukup rasa/2 kiub pati ayam
air secukupnya


Rebus daging
:
Rebus daging kiub tadi bersama 7 cawan air , sup bunjut, rempah kurma sampai daging empuk. Air rebusan guna untuk memasak nasi.


Cara masak nasi
:
Dalam periuk lain pulak, masukkan butter dgn minyak sapi.Tumis bahan hirisan, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Tumis sampai layu. Kemudian, masukkan 2 sudu besar tomato puri dan kacau rata. Masukkan pula susu cair, kacau lagi dan akhir sekali, masukkan air rebusan daging bersama dagingnya sekali ke dalam periuk tumisan tadi mengikut sukatan beras.
Seterusnya, masukkan 2 kiub pati ayam knorr dan biar nasi masak.





Tags / Kata Kunci: Nasi Daging
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan