Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras: Rasa Sebulan Rindu Setahun

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 2:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bagi penggemar Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras, tagline 'Rasa Sebulan Rindu Setahun' bagaikan ada kebenarannya kerana keenakan juadah itu membuatkan sesiapa sahaja pasti mahu menikmatinya lagi.


Bekas kuning dan biru yang digunakan untuk mengisi hidangan pencuci mulut itu memudahkan sesiapa sahaja mengesan kehadirannya sama ada di pasar malam atau gerai di kawasan perumahan pada hari biasa.

Pada bulan mulia ini, Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras yang sememangnya mempunyai pelanggan tetap, tidak ketinggalan berniaga di tapak bazar Ramadan.

Sesuai dengan lokasi penghasilan kuih tradisional itu yang dilakukan di Kampung Baharu Sungai Buloh, ia begitu dikenali di kawasan sekitarnya.



Jadi tidak hairanlah jika sentiasa menjadi hidangan minum petang bagi penduduk di Sungai Buloh atau laluan ke Kuala Selangor ini.

Bagi yang menggemarinya, tentu sekali tidak akan teragak-agak untuk membelinya kerana sudah diketahui kualiti juadah itu sesuai untuk melengkapkan meja ketika berbuka nanti.

Dijual pada harga RM3 untuk enam biji, biasanya penjual akan meletakkan tepung pelita dalam bekas polistirena, sekali gus memudahkan proses jualan dan lebih pantas berurusan dengan pelanggan.

Selain di Paya Jaras, Tepung Pelita Istimewa ini yang lemak dan manisnya secukup rasa ini juga boleh dibeli di bazar Ramadan Saujana Utama, Bukit Rahman Putra, Vista Damai dan kawasan sekitarnya, malah ia juga mula dijual di Greenwood, Gombak.


Selain tepung pelita, ada pengunjung ke bazar Ramadan Paya Jaras yang juga tapak pasar malam dan pasar tani di kawasan itu yang rela beratur panjang untuk membeli murtabak utara dan pekasam.

Tidak lupa juga bagi yang mencari-cari kuih tako, apam gebu dan kuih lopez serta air soya dan tebu yang memang sedap.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan