Nikmat Iftar Dengan Sajian Tradisional

Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 2:00 AM

(Ubah saiz teks)

MULAKAN iftar anda dengan sebiji kurma, disusuli dengan segelas air aneka pilihan yang menyegarkan apabila anda memilih untuk berbuka puasa di Restoran Seri Mutiara di hotel Mutiara Johor Bahru.

Ada jus tembikai, Nescafe soda, air katira, yogurt susu, sirap bandung, air asam boi, kelapa laut, barli pandan, teh o ais limau dan jus tembikai susu.

Semestinya salah satu daripada aneka minuman di atas menjadi kegemaran anda, atau paling tidak pun mampu memancing perhatian anda.

Permulaan yang baik tatkala tekak dibasahkan, tibalah giliran untuk pengunjung menikmati hidangan utama yang berkonsepkan sajian tradisional dan kontemporari yang ditawarkan secara bufet di restoran ini.

Pengunjung pasti teruja dengan lebih 100 sajian sampingan untuk berbuka yang disediakan khas untuk mereka.


Namun, kesitimewaan berbuka di restoran ini terletak pada beberapa hidangan popularnya seperti Gulai Kawah Rusa yang cukup rasa rempah-ratusnya dan Nasi Bukhari dengan kambing panggang.

Hdangan lain yang patut dicuba ialah laksa Johor, ikan bakar, bubur lambuk, satay, daging panggang, udang paprik, ketam madu berempah dan siput sedut lemak keledek.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, Ramadan kali ini memperlihatkan beberapa sajian baharu diperkenalkan termasuklah murtabak rusa, goreng pisang keju, kari ikan mempelam dan ayam tempayan.

Dengan membayar RM85++ (dewasa) dan RM50++ (Kanak-kanak) kesemua menu yang dihidangkan boleh dinikmati pengunjung.

Sebelum meninggalkan restoran, jangan lupa menikmati hidangan pencuci mulut yang disediakan antaranya kuih buah Melaka, ketayap, popia basah dan lempeng kelapa.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan